2011-01-25

selekeh pelajar matrikulasi.

bahaya orang macam ni. (roomate aku)
          Membicarakan, akan keselekehan-lekehan pelajar Kolej Matrikulasi TUTT . haha.. Ehh tak ada motif aku ketawa. Seperti yang anda semua tahu, siapa sahaja yang berpeluang mengikuti program matrikulasi/asasi dan sewaktu dengan nya mesti anda fikir pelajar ni smart , pandai , nerd-nerd , talented , dan blablaa..  Tapi hakikatnya , tidak semua pelajar matrikulasi/asasi seperti tu kot*. (macam aku la, sebenarnya tak pandai pun, tapi dah rezeki kat matrikulasi kan)

        Pengalaman berada di matrikulasi ni memang the sweetesthing memoir. Memang betul kelas di matrikulasi ni pack gilaaa. Mula pukul 0800 sampai 1700! rehat dalam 2-3 jam sahaja. But then, dalam kesibukan belajar ini lah, timbul perangai sebenar pelajar pandai. Banyak cerita tentang keselekehan sebagai seorang pelajar ni. seriuss wo. Tidak kira la pelajar institusi mana sekalipun. betul? hah betulkan aje lerhh..


        Sebentar! bunyi macam hebat je kan aku punya cerita di atas sana. haha.. Haa okey, malas nak seriuss dan skema. Seronok sebenarnya bila kita belajar dalam tekanan ni. Sebab, dalam tekanan itu ada gurauan. Macam ilutrasi di bawah ni, kisah benar masa perjalanan aku dan rakan-rakan ke dewan kuliah (DK). memang macam tak ada kerja kan. haha
ni masa nak pergi kuliah. memang tak ada keje si anam tu


Sambil jalan-jalan pun nak bergurau kan. Padahal nak pergi belajar tuh. Mengamuk si Din tu bila dia tahu beg dia ada dedaun, pastu yang paling memalukan, dia baru sedar beg dia ada daun-daun pokok tu masa dalam dk. Semua orang dok usha pelik kat dia masa dia berjalan masuk ke dk. perghh :3 haha

hasilnya
Selain itu, cehh.. selain itu yaw. skema. Masa minggu study week, lagi la semua perangai keberuk-berukan keluar. haha. Tepat jam 2100 dan ke atas je, mesti budak-budak ni dok terpekik terlololong. Bukannya histeria ke apa ke, saja main jerit-jerit siapa kuat. Pastu, dalam 5-10 minit je benda ni terus merebak melibatkan blok-blok kediaman pula. (masa ni semangat ukhwah sesama blok semua keluar la kan. haha) Selalunya, masa yang diorang peruntukkan untuk jerit-jerit ni dalam 30 minit. wa tak tipu wo! Sebab aku pun turut serta kan memeriahkan majlis. haha..

semua macam beruk. tapi best sebab boleh release tensen. try la!

Akhir sekali yang aku rasa paling tak boleh belahhh, poster-poster kat bawah ni. haha.. Sangat mengjengkelkan la budak-budak ni punya idea. Upah buat report la, gosok baju la. Upah gosok baju tu kira ok lagi, tapi upah buat report tu mcm imposible je. Grrrr pelajar TUTT ni mmg pemalas! heheh. Padahal aku pun selalu tak buat report.. Kalau buat pun, meniru. teruk betul  la si kurakura ni. Memang patut pun cita-cita kurang tercapai tergapai.

banyak perkhidmatan yang di sediakan di sini.

Ada satu poster ni lagi besttt. Aku rasa ini la kot rahsia budak 4FLAT, agak-agak ada waktu senggang. Pegi bilik urut, dok layan massage-massage. haha. Kesimpulannya, enjoy jela masa time kita belajar. Cuba sesuaikan diri dengan persekitaran. Bila dah tua bangka nanti, dah tak ada dah buat-buat selekeh lagi. yela sebab masa dah tua ni, komfom wajib ingat tuhan. duapuluhempatjam pegang kitab. jab. itu pun kalau sempat tua :)

jom try. ramai orang kata badan salman ni tuff <3





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-01-23

kurakura dalam cengkerang.

           haha... second posting. ada idea tak nak menulis apa kat blog ni wahai rakan-rakan follower sekalian? heh! macam banyak je follower aku kan, padahal baru 'sekor'. tu pom si semoh tu.. heheh. nak tulis apa ni? tulis pasal pelajaran ke? atau kisah hidup aku yang bagai kurakura dalam cengkerang ni? atau, kisah cinta? pergh! Eyekkk! No cinta-cinta kat sini ok. no women no men, never ever cry.

(hahaha. tolong la terasa siapa nya blog yang berkarangankan kisah cinta)


pastu? kalau bukan kisah cinta. orang-orang lelaki ni nak tulis apa dalam blog mereka? fining.
nak tulis kisah seharian mereka? macam perempuan pula. tak seronok. tak 'ego' kan. haha.. banyak songeh aku ni. kalau nk menulis tentang hal dunia, tak la arif sangat. baca surat khabar pom semua kat bungkusan nasi lemak. kalau nak cakap tentang politik? Alaa saya ni muda lagi. hoh MUDA LA SANGAT. tp, erkk memang tak minat politik la. kalau tulis hal keagamaan? komfom. sesat larat.. silap-silap tergugat ayah pin. hahaha. dah tu nak tulis apa ni??? 


humm kalau tulis kisah-kisah mimpi orang lelaki ni pom best ni. haha.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

dah sakit hati.

tiba-tiba je kan. haha.. memang susah la nak buat blog ni mambang oi.
nak edit sana edit sini. nak bagi blog santek la kunun aku nih. hehh
 tapi dalam hati nak buat juga, yela aku tengok orang* ada blog ni
semua dok cakap-cakap best.. yang cakap macam pungpangpungpang pom ada! 
(gambar kat bawah) haha..  keluar api... grr..
hebat gila hidup diorang ada blog. jeles yaw. tahu la aku ni tak berteknologi, nak ada blog ni pom sedekad baru reti buat. hahaha. diorang ada blog? Diorang merepekkkk je banyak aku tengok. (macam apa yang aku tengah buat sekarang la :3 ) Macam tak pernah bosan je kan diorang tu..
 Sampai sesetengah blog aku baca ada terasa hacum nya! perghh... macammmmm


mcm ni! haha..
kerja kutuk kutuk orang je kan.
tapi yang paling wa 'resepek' ada blog mcm ni..
faham-faham je lerhhh..
pastu blablabluebla, awal-awal post dah cari pasal -,,-
Ohh ya. si empunya blog sangat obses akan kura-kura.
Dari url, sampai la ke emailnya sampai la sampai ke pakaian dalam-dalam nya
kalau boleh nk kura-kura. haha 
PURAPURA




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...