2011-05-06

Masak-masak di Soul Garden.

Shuhh. Jangan bagi tahu Planetmirra yang sy buat entry pasal makanan ni. Nanti dia jeles! Mula lah dia nak post entry pasal makan lagi. *maap! maap! ketepi! ketepi! haha :3



Lokasi : Soul Garden Mahkota Prade Malacca
Cara Makan : All-U-Can-Eat Buffet
Harga : RM23.99 (student price. ops)
Masa Makan : 1830-2100 (makanan sampai ke tekak la ckp lu. heheh)

Sebenarnya, memang dah planing baik punya nak pergi release tension of final examination lepas paper terakhir petang 5/5 tu. Tapi tetiba semua mati akal, nak pergi mana? Tengok wayang? Simple sgt. Picnic? Baru je hari tu pergi Pengkalan Balak dan Pantai Puteri overnight. So, 'we ols' (nganjing ni. haha) buat keputusan nak pergi makan puas-puas dan puas! Dan Soul Garden adalah tempat yg terbaik ;

Alasan kami nak makan di SG kerana murah, boleh enjoy dengan rakan  dan kepelbagaian makanannya dari ke pembuka selera higgalah ke penutup selera. Eh pelik je bunyi penutup selera tu. Lagi, di situ kami boleh main masak-masak! Sampai berasap-asap pun boleh. (objektif utama) haha



Seronok okey main masak-masak di SG. Semua tunjuk skill memasak masing-masing! Fuhh sampai dua kali tukar plate dan refill soup lah cakap u ols (nganjing lg. haha). Tapi yg paling penting, resepi Prawn of  The Golden King Mushroom with all the souce and skill of kura-kura zuber adalah yg terbaik lah. *yeye je!

Photobucket

Akhir sekali, nak cakap yg akak waiter di SG tu cantik. haha.
*Hari ini balik! Jom packing barang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-05

Berjudi di McDonald's okey.

Kau gila apa? Orang melayu + islam berjudi? Haram doh!

Oi. Sabar dulu. Ni bukan judi betul-betul, ni judi main-main. Eh, judi pun ada main-main ke?

Ada ada ada. (Aku tak kira! Blog aku kot) haha..

"Weh, jom malam ni study kat Mcd? Asik kat bilik je. Bosan la.."

Budget gila kan study kat McD? Padahal study nya sejam je, sembang + makan nya dua jam. Hoh! Nak flirt-flirt awex lagi. *Dasar jantan tak guna!

Haa sambil makan-makan ni la kami berjudi. Eh kami? Tak! Diorang je. (kawan-kawan aku)

Oooosom! yes. Aku menang fries.... Saksikan ;



Credit to  ;
Wan Bahrim -Baju biru
Shahmi -Baju putih
Izzat -Baju hitan           
Mustapi -Baju orange     

Sekian.
*Hep hep horayyy! Final exam dah habis!

Backup link ; http://www.youtube.com/watch?v
=0Uaq6pGRf20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-02

Sedih Jab.



Tak tahu la apa nak jadi.
Dah usaha baca buku, hafal, buat revision kat internet semua.
Ingatkan, dah hafal. Over konfiden.
Masuk dewan peperiksaan, semua stuck!!

*HAHAHA. Tolong imbas kembali dosa-dosa kau sebelum ni zubir!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gila betul Oh! Media ni.

Tak penting sangat pun benda ni, tapi saja nak post.

Siapa tak kenal Oh! Media kat sini? Kalau ada yang tak kenal juga, bawak-bawak la bercampur masyarakat dgn ye. Sebenarnya, "Oh!" ni banyak lagi kan cabang dia. Seperti 'Oh! Tidak', 'Oh! Islam' dan yang paling terbaru 'Oh! Media Fm'. Semua web ni 100% kerja orang melayu. Aishh bangga jab! Bermula dari seorang blogger iaitu 'Justkhai.com', lepas tu terus berkembang. Respect la.

Tiba-tiba!

Tadi, check news kat 'Oh! Media', tekan je wall dia terus keluar status ni ;



wow. ada contest! Free je dapat Tee, Mug dan Rm100!
Tengoklah, baru 10 minit dah beribu diorang drop comment. Boleh tahan juga mata $ orang Malaysia ni. *kontrovesi! heheh.
Tapi, aku tak drop comment pun. Sebab... ****
Lepas1 jam berikutnya ;

Fuyo? Dah sejam, tapi dah 35k comment dah diorang drop?
Betul-betul nak hadiah free ni! haha
6 Jam seterusnya ;


Gila! 63k dah diorang drop comment? Semangat !
*Syabas Oh! Media.

Dah 6 jam, lepas tu Oh! Media dengan rasmi nya menutup contest ni.
Bagus pun tutup awal-awal. Nanti kot tak tidur pulak orang-orang yang dari tadi nak mengomen tu. haha
Siapa yang menang?

Ini pemenang nya


Jab, tak habis lagi. Ini print screen aku yang terakhir ;



Average 7 Jam = 70k comment,
Average 1 Jam = 10k comment,
Average 1 saat = 3comment!
credit to Oh! Media

Dah, itu je. Jom study balik. 
*bila la nk 5/5 ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-01

Apa Masalah Kau? (Entry taip cepat-cepat!)


Tadi, tak ada angin tak ada ribut tak ada tsunami tapi ada tabiat pergi tengok bola sepak kat Mamak bawah ni.

"tolong percaya yang tadi aku pergi tengok bola"

Manchester United vs Arsenal? Komfom-komfom la Mamak tu penuh dengan lautan manusia kan.

Sampai je, oder Roti Canai 2 keping dan Air kosong. (itu pun nak cerita ke? haha)

Tiba-tiba, datang seorang "Bro" dan rakan-rakan ni, duduk belakang aku.

Okey, duduk jela kan.

Makanan sampai, jom la menjamu selera kan! Tetiba ;

"PAN*** la reff ni! Tak payah jadi reff la.."

Erk? Okey la, aku sambung makan balik. Lepas tu ;

"PU**! Bagi bola kanan la, kiri buat apa.."

Ehh mamat ni, kau pulak emo. Lagi ;

"PUN*** betul. Macam HA*** je. esh.."

Wah. ini sudah lebih. Cakap kuat-kuat bagai dunia ni kau punya kan. Dan ;

"BA** gila. Bagi kad kuning la reff!"

Sabar zubir sabar. Seterusnya ;

"yeaa! Goal! wooo.. wowo! Macam ni la PU*****! hahaha"

Adakah zubir bersabar? ye. terus bersabar.
Mencarut la kau sebanyak mungkin.

Macam ni la muka aku tadi, tapi ni comel sikit-Gambar Hiasan


Balik bilik, post dlm blog lepas perasaan. Lepas tu buat konklusion ;

1. Orang Melayu ni memang suka mencarut.
2. Orang Melayu ni memang suka mencarut.
3. Orang Melayu ni memang suka mencarut.

Jom sambung study balik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...