2011-04-08

Boyfriend Hidungnya Masin!

Model untuk entry ni.
Ada seorang mamat 'z' ni. Hari tu dia calling minah 's' ni tengah-tengah malam, buat Super Saver. Yela nak jimatkan. Kalau Super Saver, RM3 = 60minit. Okeylah, sangat jimat kan.

Masa diorang dok bergayut ni pula, si minah 's' ni tengah sentap tak tentu pasal. *ewyu. Adalah sebabnya, aku pun tak tahu. Bila tanya sebab apa, "Ntah." "Tak tahu.". Itu jela si minah 's' ni jawab kalau diajukan soalan sampailah pada minit ke-21, TUTTT!

Line putus? Call lagi sekali, tak dapat. Try Hantar sms, pun tak delivered. Mungkin hp habis battery kot. Biarkan jela minah 's' tu.

2 days later..

Minah 's' call mamat z, (pakai hp ibu 's'), 'sorry la hari tu, tak ada mood la. then battery hp habis. malas nak pergi charge, cari plug semua. pagi tu baru on balik hp'. Tapi mamat 'z' biasa-biasa je, tak desperate sangat pun sebab mamat 'z' sebenarnya pun malas nak layan kesentapan minah 's' malam tu. haha...

Minah 's' tanye pada mamat 'z', "kau buat Super Saver ke? Call selebihnya tu buat apa? Berapa minit lagi tinggal? Sorry la. Ingat nak suruh kau call balik masa subuh, sekurang-kurangnya tak ada la membazirkan kredit kau kan". Mamat 'z' jawab :

"Aaa tak buat pape pun minit yang tinggal tu, aku terus tidur"
"Tak apa, subuh hari itu pun aku tak sedar, tak kisah"
"Lagipun, aku rugi dalam RM0.50 je pun"
"Yela,  21minit yang aku call kau tu, kalau di darabkan dengan RM0.12 (12sen/minit normal charge) baru RM2.52"
"RM2.52 kalau ditolak dengan RM3.00 (RM3/SuperSaver), ada dalam RM0.50 lagi"
"Tak apa lah, rugi RM0.50 je kot"
"Haa malam ni, kau call la aku? Ganti balik? Baru fair"

Minah 's' jawab :

"BONGOK!"
"Call tak iklas kan, bekira nak mampus."
"Itu pun beria kira-kira"
"Tahi hidong masin!"
"Tak ada nya nak ganti-ganti. bekira gila kan"
"Ntah apa-apa"

Mamat 'z' balas, 'Arghh kau pun kedekot kredit! Call ni pun pakai hp ibu kau kan. Kedekot!'

So? Sape yang betul-betul kedekot tahi hidung masin ni? Dua-dua la kot! Haha...
Habis.. Ni bukan cerita aku, cerita kawan aku okey :3

*Sebenarnya, kau = awak dan aku = saya. Sangat geli kan kalau nak tulis 'saya, awak' dalam blog. Erk? hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
12 Comments

12 kata-kata dari anda:

princess sakura said...

ak mcm tau jep 's' ngan 'z' 2 cpe..hohoho

Cik Nathrah said...

dua2 same je! haha

kura said...

@princess.
shuhhhhh! diam diam suda la. aw aww haha

kura said...

@cik nathrah.
memang. di akui seratoe peratos. haha

didi chann said...

ntah2 kau . saje je na jual mbe kau plak kan . hahah

kura said...

@didi.
mane ada lahh.haha

dwaty said...

hahahaha

Maryam Fatanah said...

yep, dua2 sama je

Muhammad Fadli said...

dua-dua kedekot. hahahaaha

kura said...

@fadli.
betul. 100% markah utk anda. haha :3

bella lim said...

poyo la kau weh. Z tu kau en? S tu nama awek kau. haha kantoi sudah.

kura said...

ah kau. suka suka je ckp z tu aku s tu gf aku. mana ada la, z tu abg zack zuhairi and s tu surihani. diorg kan sweet couple. ah merepek. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...