2011-05-28

Dua Perempuan Sopan yg HOT.

Perempuan yg pandai memasak.


mereka hot sebab masa memasak, komfom panas. Hikhik (Jgn tgk benda lain!)

Ye, perempuan yg pandai memasak sgt hot okey. Hot bila diorg tgh memasak! Gila. Slruppp je rupa. Aw aww! -metafora- Ganas je bila menghiris bawang. Ghairah je bila mengacau gulai. Gersang je bila merasa/testing makanan. Menggiurkan je bila dia kata “Emm sedapnya masakan aku ni!” (Weks. Puji diri sendiri ni! Biasalah perempuan. Eh! Hahaha) So, konklusion nya, cepat cepat la belajar memasak ye anak-anak dara di luar sana. Janda yg laki lari ikut betina lain tu pun sama. (lazerrrrr nyaa mulut kauu zubirrr)

Perempuan yg pakai purdah.


Kambing oh kambing. Hape hape jela labuu.

Wahh. Jangan main-main woo. Perempuan yg pakai purdah hot kot. Eh bukan “kot”, tapi YA! But then tak semestinya yg pakai purdah je hot, yg pakai tudung labuh masa hangout, yg pakai baju longgar-longgar bila bersukan, yg pakai handshock bila di bawah mentari terik, yg pakai stoking bila pakai sendal punnn hot. Amboi kau zubir, betul betul islamic ni hari ni! Haha

p/s; mereka hot sebab….

Entry ni ditaip cepat-cepat tanpa memikirkan kesan masa panjang. (itu pun ada?) Gambar semua google image, maap la aku dah conteng sikit ye En/Cik owner gambar :3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-25

Duit Datang! Lepas tu Pergi Balik.

Malas nak menaip, sebab tak pandai cerita. So, aku melukis lah. (budgetnya kau zubir nak lukis-lukis. Kau igt kau mcm Ain Zalikha ke apa?) Haaha.

Kejadian ni baru je terjadi, sinopsis;
TGV, Cashier silap bagi baki, Tgh kesempitan wang, Buat muka terkezut, Kasihan cashier ‘sot’ RM20, Di parkir kereta, Untung anak yatim, dan Alhamdulillah. (islamic yaw!)


Permulaan.


Perkembangan.

Konflik. 
Kemuncak.
Peleraian.
Akhir.
Haa aku tak nak komen apa-apa pasal kejadian ni. Sebab mcm diluah mati mak, ditelan mati bapak, dikemam mati diri sendiri. Rasa bersalah mula mula nya, tapi berbaur bertuah kot. Haish! Pooooositive thinking! ++++++++!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-22

Begini Begitu Bebosan dan Syazow.

CUTI 4 BULAN.
Bosan gila kat rumah. Nak kerja malas, Eh bukan malas tp nak cuti puas-puas dulu sebolan. Hekhek.

DUIT.
Duit tak ada! Mak Abah, perlukan simpati. Sobs..

BOSAN.
Kat rumah, buka photoshop. Main GIF.. Itulah kerja aku! Ayemm bila kau nak bg tutorial flash? Nak buat jugak 'sensed' semua tu. aw aww! haha

Photobucket


BERJAYA.
Hari tu, (padahal dah dekat 2 bulan dah. haha) Syazow ada request tolong lukiskan kura betina utk dia. Sy ulang, kura betinaaaaaaa. Eh haha.
Setelah dua tiga kali percubaan, akhirnya berjaya jugak aku melukis kura betina. Selama ni jantan je, tak pun kunsa, ke tak ada jantina? Haha

Okey la kan, muka syazow tu bulat. pastu ada lubang-lubang jerawat. Haish!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-17

Manisnya Madu di Port Dickson.

Entry kali ni pendek je. (Macam selama ni panjang-panjang je aku taip)

Entry kali ni macam merepek. (Macam selama ni entry aku semua je berguna)

Hari tu ada baca surat khabar kosmo bertajuk depannya ‘Manisnya Madu’. Woww Saleh Yaakob dah nak kawen lagi satu yaw. Haish, dah ompek (4) dah bini ekau, seronok ie jang dapek kawen laie!

Tapi rilex la, Saleh Yaakob mampu kan. Kalau masa di Melaka tu, aku tiap-tiap pagi dapat dengar suara ala-ala nak kena penampo yg saleh yaakob buat masa on air di Sinar Fm. (tumpang kereta kwn pg kelas kn, nak tak nak degar jela. Tp nsb baik best! Aww!) Tengok? Jadi Dj radio pun dah boleh kawen 4, inikan aku nnt tuan punya stesen radio masa tahun 2020 nnt. Kawen 10 pun lepas ni. Eh!

Isteri ke-4 Saleh Yaakob ni cun beb. Eh cun ke? Okey itu tak penting, yang penting umur dia baru 24 tahun dan baru graduate. Gilaaaaaaaaaaaaa. Macam mana kau flirt dia hah Saleh Yaakob?

Isteri ke-4 ni cakap, dia tergoda dgn Saleh Yaacob sebab hidung Saleh Yaacob yg comel? Erk!

Tp, yang penting isteri ke-4 ni kata dia tertarik dengan Saleh Yaakob sebab kemampuan Saleh Yaakob ni manage ketiga-tiga orang isteri Saleh Yaakob kot sebelum ni. Yela, sebab semua bahagia dan senang-senang je bg green light kat Saleh Yaakob utk kawen lagi apekekes. Tolong ajar zubir boleh? :3

Eh? Sekejab! Aku dah macam pemberita Harian Metro pulak pegi ulang balik apa yg aku baca kan. Esh Eshh...

Peliks? Apa kena mengena dengan Port Dikcson utk entry aku ni kan? Ehemm. Aku satu family baru balik dari bercuti di Port Dicson yaw. *Elleh poyo itu pun nak cerita.

Nah GIF aku buat khas berkreditkan kakak aku dengan suami dia J. Gambar di tangkap masa kami lepaking di ruang tamu Kondominium Penginapan TNB!


Photobucket
hekhek...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-14

Cabul dan Pamer. (semua boleh baca)

Ni bukan entry yg berbau “Aw Aww” macam blog Ayam Ayemm dan Terbang Tinggi Tinggi tu okey- Encik Kura. *Maap! Maap! Ke tepi ke tengah! Haha..

Tadi wa pergi jejalan kat Ipoh. Wa pergi Yik Fong, Ipoh Parade dan Jaya Jusco. Kawan wa adam shopping gila gila punya. *jeles jab.

Jaya Jusco punya sale, MASYAAAARAKATTT! !  Wa rasa macam nak pergi tgh laut, jemur muka sampai hitam legam macam mat negro. Then lepas tu pergi tipu duit janda-janda. *Amboi. Macam kau putih sgt je kan skrg ni zubir? Haha.. 

Tiba-tiba! Masa kat Jaya Jusco, wa nampak ada perempuan tak pakai baju okey. Erk?

Tapi nasib baik ada sorang lelaki ni tolong pakaikan baju perempuan tu balik.

 Yang hairannya, masa dalam mall tu semua org macam tak tertarik je? Peliks!

Aku je yg excited macam orang gila seks pergi tangkap gambar, lepas tu masuk blog.

P/s; kau ni memang dah tak ada idea sgt ke nak buat entry zubir? Haha..





Photobucket
bukti! tp perlu sabar, teknik suspen ni. haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-11

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari….

"Semua orang dah update blog tentang Hari Ibu kan. Tp macam biasalah, blog aku ni memang lambat beberapa hari. Sebab ikut waktu sukahati" Haha

Dear 08/05/2011,

Apa yg best tentang ibu korang? Ibu korang cantik ke? Pandai Masak? Pandai membebel mcm Puterikatak? Erk. Okey tak perlu cerita kat sini nescaya aku tak sediakan ruang pun untuk korang bercerita. Ekeke! Okey skrg aku nak cerita apa yg best tentang ibu aku, nak tak nak baca jugak sbb aku tgh excited state ni mcm electron yg nak jump ke outest shell. Cey! (bangga nya budak matrik) Antaranya ;

  1.  Mak superb sebab suka membebel. (kalau mak tak bebel, mesti zubir tak pergi sekolah dulu.)
  2. Mak superb sebab suka tarik telinga zubir dulu. (naik capang la telinga zubir ni. Sobs.)
  3. Mak superb sebab suka bagi duit. (pergi dating pun mak bagi duit. Aish! Untung gf zubir kan.)
  4. Mak superb sebab suka manjakan zubir. (Terbukti sebab akak, along semua jeles dgn zubir. Haha!)
  5. Mak superb sebab…see more.... haha


Eh boleh dikatakan semua nya mak aku superb lah! Tp malas nak taip lg, sebab nnt Abah jeles. Yela aku asyik puji mak je. Hehe

Korang semua lupa!                                                            
   
Baru la aku tahu, tak ada siapa ingat birthday aku. Harapkan mulan jameela jatuh ke riba. Eh! Hikhik. Sepanjang hari 08/05 ni empat orang je ingat pasal birthday aku. Sy ulang, empat (4) orang sahaja. Sobs. Kat facebook pun tak ada siapa nak wish, sebab aku saje hide birthday kan. Nak tengok siapa yg ingat. Sekali harem je. (budget je kau zubir-bak kata Syafiqah Zamri)

Siapa 4 orang tu? ;



Yang lain? Family aku pun tak ingat. Sobs.

So, bila dah desperate sgt aku buat keputusan nak wish kat diri sendiri je non-stop dengan bantuan GIF. Huahuaa..

Photobucket
Tolong cakap ; Happy Birthday zubir! Semoga makin hensem!


p/s ; aku lupa nak wish birthday kau Nur Hazmira. Selamat Hari Jadi. Makin vogue kan kau sekarang. Cun melecun! Aw aww! Haha.. Semoga kau jumpa Mr. Right kau secepat mungkin. (Ehemm. Jantan-jantan di luar sana? Cepat la add dia di fb. Haha)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-10

Hari malang dan bertuah. Eh bertuah ke? Aww! (±18sx)

“wa nak bagi taw yg wa sekarang kat rumah sedang bercuti. Tapi wa rasa tak best! Sebab kat rumah wa tak ada internet!” – Gangster Kura KONGSI.

Warghh! Meroyan-meroyan aku kat rumah tak ada internet. Sobs. Mak beli broadband seketul boleh? (nah cabut bulu kaki mak ni pergi gadai. Haha.. Sampai hati mak.)

Cerita malang. Jeng!

Hari tu, bukan hari ini. Petang 6/5 dah beli tiket balik perak Rm35 bus Starmart Express pukul 1000 keesokkan harinya. Lepas beli tu, aku dan rakan pergi enjoy sampai ke 0200. *baru lepas habis exam la katakan! Balik-balik hostel, semua penat dan tidur kecuali aku. Sebab nak packing barang semua kan.

Aku overnite sampai ke pagi, pukul 0800 aku call gerak kawan-kawan semua. Sekor pun harem bangun awal. Cis. Blablabla.. Yes! Bus pukul 1000 aku dah lepas. Flying-flying lah Rm35 aku.

Cerita bertuah. Aww!

Okey fine, aku terlepas bus kan. Tapi tak apa, aku tak marah pun sebab aku dah janji nak gerak sama-sama dengan kawan-kawan pagi tu kan. Lagipun aku yg nak tumpang diorang. Hehek! Sampai Melaka Sentral pukul 1100. Terus cari tiket balik perak, dapat la bus Cepat Express pukl 1130 Rm29.90. Hoh! Balik kali ni memang banyak kos, semua sekali RM64.90!

Tapi, ges what ? Masa dalam bus, aku duduk sebelah awex okey. (Eleh itu pun nak cite ke zuber?) Ah aku nak cerita jugak. Haha.

Then masa dalam perjalanan, masuk-masuk bus je aku terus tertidur. Yela sebab malam tadinya aku tak tidur kan. Dipendekkan cerita, masa bus di Slim River aku mcm tersedar yg bahu kiri aku terasa berat. Tp bukan berat dosa lah! Berat…….. (sambil membuka mata)

Buka je mata, Oh Mak! Kepala awex ni? Asal awex ni tidur berlandaskan bahu aku ni?
(monolog) Nak tolak tak nak? Nak tolak tak nak? Nak gerakkan dia ke tak? Yela aku bukan kenal dia pun.

Lepas tu macam tak sopan pulak nnt orang tengok. Belakang seat kiteorang ni orang tua kot. Apa pula dia kata nnt kan. (baik ok!)

Fikir punya fikir. Tanpa sedar? Dengan aku aku sekali zzzzzzzz…

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!"

Feeling jab. First time aku ditiduri dan aku meniduri nya balik. Eh! Huahuaa..

Okey, tak sempat sampai ipoh pun ‘kami’ dapat tidur sama-sama. Sebab tak lama lepas tu, awex tu terkejut dan terjaga sebab hp aku berbunyi. Mak aku call nk tanya kat mana. (Potong setim la mak ni! heheh)

Masa awex tu terjaga, muka dia macam.Erk? Hahahahahahahaha. Aku tak nak cerita. Nanti aku tergelak dan terus tergelak terus tak sempat update blog. (metafora)
Masa dah sampai kat Ipoh tu, sempat la tanya kat awex tu. Oooo, pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) dan baru sem 3. Makna nya muda setahun la dari aku. Aww! Nak jadi abg angkat boleh? DUSH!

Itu je, panjang pula aku menaip kan. Konklusion, malang sebab tertinggal bus dan bertuah sebab ditiduri dan meniduri sebelah awex. *astaga kau zubir!
p/s; mak nak broadband jugak!

Photobucket





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-06

Masak-masak di Soul Garden.

Shuhh. Jangan bagi tahu Planetmirra yang sy buat entry pasal makanan ni. Nanti dia jeles! Mula lah dia nak post entry pasal makan lagi. *maap! maap! ketepi! ketepi! haha :3



Lokasi : Soul Garden Mahkota Prade Malacca
Cara Makan : All-U-Can-Eat Buffet
Harga : RM23.99 (student price. ops)
Masa Makan : 1830-2100 (makanan sampai ke tekak la ckp lu. heheh)

Sebenarnya, memang dah planing baik punya nak pergi release tension of final examination lepas paper terakhir petang 5/5 tu. Tapi tetiba semua mati akal, nak pergi mana? Tengok wayang? Simple sgt. Picnic? Baru je hari tu pergi Pengkalan Balak dan Pantai Puteri overnight. So, 'we ols' (nganjing ni. haha) buat keputusan nak pergi makan puas-puas dan puas! Dan Soul Garden adalah tempat yg terbaik ;

Alasan kami nak makan di SG kerana murah, boleh enjoy dengan rakan  dan kepelbagaian makanannya dari ke pembuka selera higgalah ke penutup selera. Eh pelik je bunyi penutup selera tu. Lagi, di situ kami boleh main masak-masak! Sampai berasap-asap pun boleh. (objektif utama) haha



Seronok okey main masak-masak di SG. Semua tunjuk skill memasak masing-masing! Fuhh sampai dua kali tukar plate dan refill soup lah cakap u ols (nganjing lg. haha). Tapi yg paling penting, resepi Prawn of  The Golden King Mushroom with all the souce and skill of kura-kura zuber adalah yg terbaik lah. *yeye je!

Photobucket

Akhir sekali, nak cakap yg akak waiter di SG tu cantik. haha.
*Hari ini balik! Jom packing barang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-05

Berjudi di McDonald's okey.

Kau gila apa? Orang melayu + islam berjudi? Haram doh!

Oi. Sabar dulu. Ni bukan judi betul-betul, ni judi main-main. Eh, judi pun ada main-main ke?

Ada ada ada. (Aku tak kira! Blog aku kot) haha..

"Weh, jom malam ni study kat Mcd? Asik kat bilik je. Bosan la.."

Budget gila kan study kat McD? Padahal study nya sejam je, sembang + makan nya dua jam. Hoh! Nak flirt-flirt awex lagi. *Dasar jantan tak guna!

Haa sambil makan-makan ni la kami berjudi. Eh kami? Tak! Diorang je. (kawan-kawan aku)

Oooosom! yes. Aku menang fries.... Saksikan ;



Credit to  ;
Wan Bahrim -Baju biru
Shahmi -Baju putih
Izzat -Baju hitan           
Mustapi -Baju orange     

Sekian.
*Hep hep horayyy! Final exam dah habis!

Backup link ; http://www.youtube.com/watch?v
=0Uaq6pGRf20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-02

Sedih Jab.



Tak tahu la apa nak jadi.
Dah usaha baca buku, hafal, buat revision kat internet semua.
Ingatkan, dah hafal. Over konfiden.
Masuk dewan peperiksaan, semua stuck!!

*HAHAHA. Tolong imbas kembali dosa-dosa kau sebelum ni zubir!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gila betul Oh! Media ni.

Tak penting sangat pun benda ni, tapi saja nak post.

Siapa tak kenal Oh! Media kat sini? Kalau ada yang tak kenal juga, bawak-bawak la bercampur masyarakat dgn ye. Sebenarnya, "Oh!" ni banyak lagi kan cabang dia. Seperti 'Oh! Tidak', 'Oh! Islam' dan yang paling terbaru 'Oh! Media Fm'. Semua web ni 100% kerja orang melayu. Aishh bangga jab! Bermula dari seorang blogger iaitu 'Justkhai.com', lepas tu terus berkembang. Respect la.

Tiba-tiba!

Tadi, check news kat 'Oh! Media', tekan je wall dia terus keluar status ni ;



wow. ada contest! Free je dapat Tee, Mug dan Rm100!
Tengoklah, baru 10 minit dah beribu diorang drop comment. Boleh tahan juga mata $ orang Malaysia ni. *kontrovesi! heheh.
Tapi, aku tak drop comment pun. Sebab... ****
Lepas1 jam berikutnya ;

Fuyo? Dah sejam, tapi dah 35k comment dah diorang drop?
Betul-betul nak hadiah free ni! haha
6 Jam seterusnya ;


Gila! 63k dah diorang drop comment? Semangat !
*Syabas Oh! Media.

Dah 6 jam, lepas tu Oh! Media dengan rasmi nya menutup contest ni.
Bagus pun tutup awal-awal. Nanti kot tak tidur pulak orang-orang yang dari tadi nak mengomen tu. haha
Siapa yang menang?

Ini pemenang nya


Jab, tak habis lagi. Ini print screen aku yang terakhir ;



Average 7 Jam = 70k comment,
Average 1 Jam = 10k comment,
Average 1 saat = 3comment!
credit to Oh! Media

Dah, itu je. Jom study balik. 
*bila la nk 5/5 ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-05-01

Apa Masalah Kau? (Entry taip cepat-cepat!)


Tadi, tak ada angin tak ada ribut tak ada tsunami tapi ada tabiat pergi tengok bola sepak kat Mamak bawah ni.

"tolong percaya yang tadi aku pergi tengok bola"

Manchester United vs Arsenal? Komfom-komfom la Mamak tu penuh dengan lautan manusia kan.

Sampai je, oder Roti Canai 2 keping dan Air kosong. (itu pun nak cerita ke? haha)

Tiba-tiba, datang seorang "Bro" dan rakan-rakan ni, duduk belakang aku.

Okey, duduk jela kan.

Makanan sampai, jom la menjamu selera kan! Tetiba ;

"PAN*** la reff ni! Tak payah jadi reff la.."

Erk? Okey la, aku sambung makan balik. Lepas tu ;

"PU**! Bagi bola kanan la, kiri buat apa.."

Ehh mamat ni, kau pulak emo. Lagi ;

"PUN*** betul. Macam HA*** je. esh.."

Wah. ini sudah lebih. Cakap kuat-kuat bagai dunia ni kau punya kan. Dan ;

"BA** gila. Bagi kad kuning la reff!"

Sabar zubir sabar. Seterusnya ;

"yeaa! Goal! wooo.. wowo! Macam ni la PU*****! hahaha"

Adakah zubir bersabar? ye. terus bersabar.
Mencarut la kau sebanyak mungkin.

Macam ni la muka aku tadi, tapi ni comel sikit-Gambar Hiasan


Balik bilik, post dlm blog lepas perasaan. Lepas tu buat konklusion ;

1. Orang Melayu ni memang suka mencarut.
2. Orang Melayu ni memang suka mencarut.
3. Orang Melayu ni memang suka mencarut.

Jom sambung study balik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...