2011-08-26

Tutorial Main Meriam. Ko Hado?

Ko Hado? Ko Hado? Ko Hado?

fessofol// “menyampah benau den dongan pokataan Ko Hado tu.”- Pak Meon.

Siapa sini pernah main meriam? Bukan main dengan Cik Meriam tu,  (Amboir!) tp main meriam yg bunyi kebabom kebabom masa raya tu. Eh tak faham lg apa meriam tu? Meriam tu cannon, ok? Faham tak org ke’el? Ops. Haha..

Panjangnya mukadimah, dulu masa aku kecik-kecik comel lote aku dengan geng mmg suka main meriam masa bulan ramadhan. Sebab? Sebab main meriam mahupun mercun ni boleh mengeratkan hubungan silaturahim berbanding terawih kat surau. Eheh! Masa tu tak baligh lagi ottey.

Selepas hampir 4 tahun, semalam tetiba fell nk main meriam. So pergi reban ayam, cari-cari amik meriam dan bersihkannya dari tahi ayem. Meriam ni bapak aku yg buat utk aku masa kecik kecik dulu. Hehehe anak manjew. Pastu blablabla  pg pekan beli karbait.

Lepas sembahyang terawih, gua pun bersiap-siap untuk bermain dgn cik mariam. Eh.

Okey, mula-mula amik meriam.

Masukkan air sedikit, lebih kurang 5 sudu teh.

Then masukkan karbait seketul.

Biarkan selama 10 saat, lepas tu siot dengan pensiot. Faham? Kebabom!

Ah. Bajet je aku syok sendiri bercerita ni kan. Hahahaha.. tak apa! Jom tengok gambar jela.. Tulis panjang-panjang pun bukan korang baca, baca 3 baris pertama dgn 3baris terakhir je. Heh.


Photobucket
Taraaa! Gempak tak gempak tak? Kagum kan kagum kan?  

Sesudah kita main, kita kena buat Light Graviti jab. Tahu tak tandanya apa? Tu tandanya aku nak menunjuk-nunjuk je. Eh!   Macam shit kau berr. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-08-24

Aku Rasa Aku Tersalah Comment!

walaupun tajuk entry ni agak poyo, tp ini serius!
Okey entry ni sgt pendek gila gilaaaaaaaaa. Boleh baca dlm masa 10 saat je!

Tadi aku punya best belogwoking sambil drop drop comment, aku rasa macam aku tersalah comment la.

Demmm!

Sebelum owner belog tu cari aku dan gelakkan aku, baik aku mengaku dulu kan. Eheh!

So, MAAP MAAP MAAP MAAP. Aku beria-ria ni minta maaf kat belog sesiapa yg aku salah comment tu. Mesti dia nak printscreen nnt then buat entry pasal aku kan. Malu ler! (probability kan)

Ohyaa. Mesti korang kata kenapa aku tak delete comment aku tu balik kan? Errr. Nak delete mcm mana! Dia buat comment moderation! Adehh.. Dan yang paling best, aku lupa siapa punya blog sbb aku dah terclose. Esh! Fakla.. Nak tgk history? Pun tak boleh pakai sbb aku buka blog blog korang sekali banyak kat tab kan. 2x Fakla..

Alahai zubir.. Itulah suka sgt drop comment kat belog org sampai careless.. Tapi nk buat mcm mana kan, dah mmg suka mengomen. Tanggungjawab sebagai seorang follower. Cehh!

So dengan kesempatan yg ada ni. Aku dgn bangga nya nak masukkan kepala dlm cengkerang selama 3hari! (tak nak berbelog) Cehh, poyo! hahaha...

Dah habis 10 saat dah. Babai! Jumpa 3hari lg nnt...



Malu Lu Lu Lu Luuuuuuuu!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-08-20

Saya Sudah Semangat! Anda Bila Lagi?

Hoi org kampung! Hoi org Bandar!
Selamat Hari Raya!
Eh? Itu je?
Ops. Lupaa..
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Amacam? Semangat tak aku nak Raya sambil Merdeka?

Nak lagi semangat? Tuuuu.. Tuuuuuuuuu tgk header baru aku tuuuu?
HAHAHAHAHA

So? Korang punya header sempena raya+merdeka mcm mana pula?

Apa? Malas? Tak petroatik dan petroraya betul korang ni. Pergi balik lombok la klu mcm tu. Eh!

Hum.. tak apala,siapa yg malas nk tukar+tak ada idea nk buat header baru tu, WALAUPUN SETAHUN SEKALI JE.. Amik jela header aku tu. KITA KONGSI. .

Tp masalahnya, aku dah terletak link pulak kat hujung gif tu. Bapak mencapuup. Eh! Tak da, bapak aku tgh tido tu. *buat lawak di bolan ramadhan*

p/s;; Ini adalah entry paling beria-ria. Kan? Nasib baik tgh hensem. Hekhek..
Ohh lagi satu. Tak faham apa motif entry ni ye? Motif dia aku nak tunjuk header baru. tu je. Apa? Apa? Nak lempang aku? Err. nak ciom pom boleyyy. Haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-08-18

Jantan Cewwlawwkeww! Tapi IKLAS..



Adakah ini perbualan SMS di antara IrwanSah dan NirinaZuber? Eh yekee.

Ke perbualan SMS di antara Arel Peterpon dgn mangsa terbaru nya semasa di dalam penjara? amboi! Mana dapat henpon ni?

Tapi siapakah mangsanya? Mungkinkah Kerisdayanto? Eh. Tidak mungkin kerana Kerisdayanto sudah pun bernikah di luar negara dan mendapat anak di luar nikah. Manakan bisa begitu dong.

Atau mungkinkah dgn BungakCitraLestarik? Lagi tak logik.. Dia dulu syok je bercium dgn aserap. Fuh!

Setelah disiasat, perbualan SMS ni tiada kena mengena dengan siapa pun. Tak ada motif pun gambar kat atas nunnn tetapi apa motif entry ini di pos?

Motifnya supaya, tuuuuuuuuuuuuu…. Nampak tak tu? Tuuuuu.. Bulan ogos baru ada 4 entry je di pos. Apekekes? Masuk entry yg ini baru 5. Bajet je kurakura ni kan.. Nak belogging, tp tak ada idea apa yg nak dibelogging. Entry pun pendek-pendek je.. Bajet hotsetap.. Nasib hensem. Eh! Hahaha..


Photobucket
Kura kata; Blogging biar iklas walaupun sebulan 1 entry je. haha




Abaikan apa yg aku merepek di atas ye korang. Apa yg penting skrg?

Bukan kerjasama..


Apa yg penting skrg adalah tak lama lagi kita RAYA! wuhuuu.. excaited dah ni.

Apa? Korang tak faham fasal entry ni? Humm. Kalau u tanya mak saya, mak saya pun tak faham- Ain Zulaikha. Kbai.

(mcm bebagus je kan perkataan “Kbai” tuuuu! menyampeh!)     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-08-13

Kuih Patrick Melaka


Rajah 1. Proses pembikinan


Selama cuti 4 bulan ni, kerja zubir adalah tolong mak masak kat dapur. STATEMENT!

Tak percaya? Belahlah dadaaaaaaaaa. Tapi banyak bulus la. Eh!

Hari tu mak buat kuih Buah Melaka utk berbuka nanti, so zubir tolong-tolong la buatkan.

Tolong punya tolong, zubir termanipulasikan kuih ni jadi kuih Patrick Melaka. (rujuk rajah 1.)

FUYO! HUYO! HEBAT KAN ZUBIR? Phuiiii- haha.. Lepas tu, zubir terdengar suara sayup-sayup:::

“kamu kalau tak makan kuih yg kamu buat ni berr. Aku ronjang-ronjang dlm mulut kamu nnt berrr. Nak main-main je kejenya.” Mak berpesan. -,,-

Eh korang nk tutorial buat kuih Buah Melaka? Kalau nak, cik google boleh tolong. En kura tak boleh tolong, mengangkang tengok tv cewewa reti la. haha

Rajah 2. TaaaRaaaa! Dah siap! Siapa nak rasa? Erk. Mesti korang tak ada nafsu pun kan dengan kuih air tangan zubir ni. Huahua

Entry sebelum ni wish Selamat Menyambut Ramadhan, so hari ni zubir wish Selamat Berbuka Puasa pula korang! (rujuk rajah2.)

Pstt:: geli geleman aku bahasakan diri aku zubir dan berajah-rajah bagai.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-08-11

Lompat Pagar, Baru Hero.

Siapa sini pernah lompat pagar? Bukan lari berpagar tu, ni macam panjat pagar sekolah then melompat melepasi pagar sambil menyanyi lagu ‘I Believe I Can Fly’(buat lawak ni)

Okey? Faham? Jom try.

-Pastikan line clear. (awas pakguard)

-Pastikan bawa rakan seperjuangan supaya boleh support bontot kita masa nak panjat pagar.

-Bersedia utk memanjat. Apabila sudah melepasi atas pagar, sing a song sama-sama la apa lagi.
-“I believe I can fly…….(buat lawak lagi)

“Hoi! Korang buat apa ha?”- pakguard bersuara lantangggggg.

“Yang atas pagar tu! Ko masuk sini balik? Ada hati nk keluar asrama. Ko masuk, ko masuk. Ko masuk dorm, kau tido. Semua sekali!”-pakguard bersuara longkang. Eh! Haha

Okey aku syok sediri kan bercerita kat atas ni? Haha.. Lompat pagar atau fly dah macam asam garam je kan bagi bebudak asrama ni. Eh tp kadang-kadang jadi kurangasam juga bila kantoi. Kena masuk mahkamah sekolah bagai. (Jgn tak percaya, sekolah aku ada mahkamah ottey) Leceh. Dapat pula klu pihak sekolah panggil ibu bapa ke sekolah, lagi banyakasam!

Errr. Selama aku hidup 2 tahun di Sekolah Menengah Teknik Ipoh (Brash), aku pernah fly beberapa kali je malam-malam. Baik tak aku? Baik tak? Itu pun motif keluar, nak beli burger je pun kat Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz aka POLO. Tak berbaloi bila difikir-fikir balik. Dah la  POLO tu banyak nyah malam-malam. Bila lalu, mula la “Hiii Adik.. Marilaaa.. Marilaa…” Nak menyotongkan aku la tu.

Tapi ada 1 malam gua fly ni, gua tak boleh lupa. Fahamkn gif di bawah!

Photobucket


Faham? Tak faham? Aku kena tipu ada rollcall. Faham? kena TIPUUUUUU.. Itu je.. Tahu tak apa itu rollcall? Haa p tanya la budak asrama. Tapi jgn la tanya kat budak asrama MRSM, SBP. Mereka kan pandai, mana ada fly-fly ni. Eh yeke? Puiiii. Haha



Siapa mereka lahir tahun 1991, igt tak tarikh ini? 25/11/2008? hari utk last killer paper spm. ingat tak ingat tak? Sbb aku tak igt la. hahah. Dan malam itu jugak la kami melompat beramai-ramai.. Kata dah habis sekolah? hioks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-08-09

Mencarut Bersama RiceKuker.

Macam biasa permulaan suara yang akan ku dengar di pagi hari ;

 “Berrrrrr! Berrrrrrrrrrr. Bangunnn. Sahurrrrr. Cepat cepat bangun cepattt.
Oh ibuku memanggil, eh bukan memanggil. Memekik! Memekik suruh aku mencekik sahur. Risau aku tak nak puasa leettewww. Eh! Haha..

Bila buka je mata, kabur je dunia aku. Dah macam mosaic dalam potosop.

Makkkk..Oooo Makk.. Mana spek mata owg? Ada nampak tak?” –zubir kata.

Hah. Ni hah. Celah kangkang mak ni.” –Mak berdengus mcm rimau lapau di pagi hari. Dpt aku sejibik perlian manja. Haha.. Letak spect merata-rata pastu bangun tidur sibuk tanya org lain.

Ahh. Biarlah ekau spect mata bajet RayBan, nanti siang aku cari.

Dengan muka sememehnya, terus ambil pinggan. Terus ke periuk nasi. (saja lupa nk pergi toilet cuci muka, sbb nnt bila dah segar. Susah nk tidur balik. Hioks!)

Dengan kerabunan dan kemamaian yg melampau ::::::


Photobucket
sinopsis.

Ottey. Cerita aku dah habis dlm masa 9.9 saat JE dengan bantuan GIF ni. Haha..

Ps// yo! Selamat Menyambut Ramadhan dari Kura :) Eh? Baru nak wish? Biarlaaaaa.. Namapun kurakura. Nasib baik hensem. Eh Eh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-08-01

Sunway Piragoon gittew.


Tanggal 26 julai 2011 adalah hari bersejarah apabila segerombolan kawan bertemu semula setelah berpisah selama 1 tahun. HAK ALOH! TUIHHH! 1 TAHUN JE PUN. Haha..

Skrg dah 1 ogos, tp event ni 26 julai.. lembap gila nak cerita, excited pun dah hilang kan. Eh, biasalah. Kurakura.. nasib baik kurakura hensem. Eh! Eh!

Tak apa, aku nak cerita juga.. Sebenarnya event ni macam reunion, sbb kami dulu 1 kelas masa di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kami masa belajar sesama dulu dah mcm 1 keluarga, tp bukan 1 Malaysia sebab tak ada bangsa lain pom dalam praktikum kami. Hehehe. Kura buat lawak tp tak lawak pun.

Blablabla. Ok itu jelah cerita aku. Dah habis dah. Jom tgk gambau. Orang kata gambar lebih menggambarkan segala-galanya dari cerita. Lagipun kalau aku cerita, aku boleh tipu tipu korang. Eh! Tp kalau gambar pun boleh menipu apa? Apa guna phostoshop. Aku cut muka aku pastu tampal kat body megan fox pun mahu terbeliak bijik mata korang. Hahaha. Buat lawak lagi ni.

Oh. Sunway Piramid+Sunway Lagoon = Sunway Piragoon. Ehehew Buat lawak lagi!

F3P5 KMNS!

Aku tak perasan, rupa-rupanya aku terkepit-kepit gak masa nate ni berpusing. malu! huahuaa
Nak mandi di sunway lagoon tak plan. Aku balik rumah tak pakai sepender ckp luuuuu.. *yg others aku tak taw! hahaha

Photobucket
Siapa paling comel? Mesti yg belakang sekali tu kan. Haha...

Photobucket
Amboir. NurHazmiraNawi! vok. dia ni mmg vok!


Photobucket
Skrg kawan aku ni kepop ok. (k-pop) Haha..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...