2011-09-24

Tengok Wayang Sambil Rasa Bersyukur. Amboi!

Sy baru lepas mandi. Huemmmm! Wanginyaaa. Eh! Haa saja nk bg korang terliur. Terliur ke pong? Hahaha


Assalamualaikum rakan-rakan yg kacak-hensem-tegap-macho-lagi-perkasa! (aku tak puji perempuan pun kat sini. Eh? haha)

Sebenarnya wa nk update pasal wa dah tengok filem Johnny English Reborn. Cerita mistebin tu je, tp mcm ewyuu pulak kan kalau wa letak tajuk entry ni "Saya Dah Tengok Wayang Johnny English Reborn". Ops. Ada terasa ke? Har Har Har -baru nk belajar gelak cenggini!

Ok. Aku tak excited pun pasal movie mistebin tu.. Aku excited nak cite pasal NYAH ni. Haha! Err cuba teka? Masa aku dan rakan tengok wayang cite ni hari tu, ada sekor nyah sesat duduk kat sebelah row seat kami kot? Fuhh!

So, apakah perasaan kawan aku yg duduk sebelah nyah tu? Dia kata;

"aku gelak bukan sebab mistebin tu buat lawak weh, aku gelak sebab nyah kat sebelah aku tu tak boleh kontrol suara jantan dia masa gelak. bapak besar suara dia masa gelak tahu tak!"

Photobucket
Lakaran seat kami. Tolong abaikan muka aku yg hengsem tu. Huahua

Hahaha. Mesti tekanan perasaan kawan aku tuh sepanjang tgk wayang. Aku memang bersyukur gila la kan tak duduk kat sebelah nyah tu. Dah la dia masuk lambat, mmg tertanya-tanya siapa bakal duduk sebelah kwn aku tu.

Bersyukur gila tahu sebab apa? Sebab nyah tu la yg usha-usha aku masa kat Jaya Jusco hari tu! Tempat yg sama kan. Series aku tak tipu wo.. Then masa aku sampai kat TGV tu pun, dia ada usha-usha aku lagi. Masa aku kat booth  P1-MAX sebelah dgn TGV tu pun aku ada perasan dia usha aku lagi! Eeeee geli ler! haha..

Fuh.. Taubat aku dah nk pergi Jaya Jusco Bandar Melaka tu. Bahaya Bahaya. Aku pun peliks mawia gerek heleng kenapa dua tiga menjak ni asik terserempak dgn nyah je. Cee bg terserempak dgn Umie Artoqiemie ke, Ezza Haniza Kacak ke, Robot Comel ke, Wadi Kurede ke, Ijat ke.. Eh! Ijat hari-hari jumpa dah. haha


psst// Aku tak berniat pun nak malukan ataupun nak gelakkan kaum nyah dalam entry ni.. Agak-agak sesiapa yg baca dan terasa tu aku mohon maaf la ye. Mana tahu kan kot membe-membe ada yg lembut lembut ke apa ke. Entry ni sekadar hiburan dan epik kehidupan aku je. (risau kena serang dgn nyah kura ni. hahaha)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-09-20

Aku Memang Suka Partime PJJ.

Assalamualaikum... (Dah 65 entry, ni firstime aku bg salam utk permulaan entry.. Syabas zubir!) Haha.

Okey terus kepada isi penting, tahu tak PJJ tu apa? PJJ tu bermaksud kura-kura berlagak hensem. Eheh! PJJ itu adalah Pendidikan Jarak Jauh daling-daling sekalian..

Haa selama 20 tahun hidup ni, td firstime jugak lah aku tak dapat masuk ke kuliah sbb pintu bilik kuliah dikunci oleh lecturer. My mouth stuck with 0 shape jugak lah tadi. Heh!! Aku lambat 10 minit je pong? Dah la kolej dgn fakulti jauh. Trafic light pun bertenyek-tenyek mcm ulat tahi.. Macam mana la nak sampai on-time kan? (Eh bagai menegakkan benang yg basah ni!) haha..

Humm.. Sedih woo, mak aku bg kebenaran bawa motor kat melaka ni supaya aku boleh memansuhkan alasan "tak ada transport nk pegi kelas, bus pun mcm chipsmore. tu sebab berr selalu ponteng kelas". Eheh. Sekali tak ter tak hadir juga ke kelas.. Ampunkan berr mak!

"Tp mak jgn risau, berr balik bilik. Berr belajar balik apa yg berr tak belajar td" - sedapkan hati. haha


Series aku sedih, tgk? Ini muka aku kecewa+kontrol hensem kat tepi  pintu bilik kuliah tadi.  

Masa sem lepas, aku kena halau dari pintu pagar fakulti. Lagi sedih muka aku.. Macam muka gagal kawen 4. Eheh! haha.. Ni entry sem lepas - Satu Salah Semua Dipersalahkan

Tapi sebelum aku nak beredar dari fakulti, sempat juga bg sms ni kat kawan aku..


Photobucket
Agak-agak apa perasaan beliau masa masa tgh kuliah td? Tapi kalau dia tak baca, kusyuk sgt berkuliah mmg sia-sia la sesen aku. heh.

Ini la dia, terliur tak? Ke aku sorang je? heh. Haa korang tgk sayur dgn nasi yg aku ambil, sama banyak kan? Inilah rahsia kerampingan pinggang aku. haha.. Semua nya Rm3.30! Murah kan?


pssst// malam tadi ada nyah main lari-lari depan kereta aku & rakan sbb nyah tu nk kejar taxi. Gila! Bergoyang goyang jugak la kereta kami sebab semua excited menyorak. kahkah. Mesti nyah tu dah sumpah seranah kn. haha... Ohya, jgn terkejut smlm 7 org manusia lelaki boleh muat dlm 1 picanto!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-09-17

Perasaan Ingin Bekulit Cerah!

Sentap aku baca sms ni, fahamkan ok? Ini pencetus kepada entry ini. Oh, sila abaikan nama ijat kat situ. Eh! hahaha

Masa aku kecil-kecil dahulu kala, aku comel. Eh! Silap intro. Mula balik..

Masa aku kecil-kecil dahulu kala, aku seorang budak yg nakal lg hyper aktip. Contohnya aku selalu dok main kejar-kejar, main nyorok-nyorok, main tembak-tembak, main cikgu-cikgu, main kawen-kawen-kawen-kawen, eh mcm-mcm lg la. *4 kali perkataan kawen tu. highlight sikit! HAHAHA

Senang cite, hampir separuh aktiviti aku masa kacik melibatkan berjemur tongah panas la.

Sampai ada satu detik ni, kakak aku tanya-

 "ko ni kenapa hetam bebeno berr?"

Esh.. Masa kecik aku bodoh kan, pastu aku jwb la-

"aku ni hetam semula jadi kak, bukan aku yg nak." Hahaha.

Lepas tu, mungkin lama mungkin aku besar. Baru aku tahu kulit gelap ni terjadi sbb aku selalu berjemur. Mmg lombab tumbesan aku kan. hahaha. Setelah aku sedar aku ni dah hitam, aku mulai la cari alternatif.

Jgn terkejut first pencuci muka yg aku pakai adalah Fair&Lovely! huahua.. Pengaruh kakak-kakak aku la kan. Diorang dok pakai, aku pun join la sekaki. Tapi? tak pun aku putih putih jugak. Adeh. Mencik.

Bila dah masuk hostel form 4, barulah aku reti beli pencuci muka lelaki. Aku pakai nivea whitening rasanya. Nak muka putih kan? kahkah. Pastu nk tahu apa jadi? bukannya puteh, jerawat batu 1 muka. Eyyekk. geli aku. haha..

Skrg? Humm.. Aku masih obses nk bermuka putih kot. Teringin nak ada muka jambu-jambu mcm mamat kepop tu. hahaha.

Ok. Tak lawak pun.. Skrg ni aku mmg pakai pencuci muka kream apa semua ada tag "whitening". Sajew sedapkan hati. Tapi haritu masa balik kg, mak aku puji jugak lah ckp aku dah cerah sikit. hahaha..

Photobucket
Ini kolesksi pemutih aku masa kini. Sempat kot sebelum kawen bini yg 4 aku memiliki kulit putih bak tepung gomak ni. hahaha

ps://kbai. Doakan aku dapat gelpren yg tastenya hetam-hetam manis bak buah manggis ye. Sebab aku tahu aku tak akan cerah punya. Eh! huahuaa

*Lagi satu! Kura dah ada sotbox ok. Cee tgk chat yg mula-mula? Ada ke diorg gaduh sbb aku. kahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-09-15

Safeler - Kembang Lobang Dong.

Salam 1 Malaysia! Cehh, tetiba semangat 1 Malaysia kan. Kalau semua rakyat Malaysia cenggini, untung-untung boleh dapat lg 2 3 hari cuti ye dak? haha..

Humm. Korang tahu tak aku dah shoping? Aku beli kasut sukan ok.. Serius bangga, selama aku hidup 20 tahun ini firsttime beli kasut sukan.Sebab selalu nya aku beli kasut everlast je, itulah kasut ke kuliah itulah kasut bersukan. fuh!

Lagi satu nak habak mai, aku juga telah membeli 1 lg baju kemeja. Selama aku hidup 20tahun juga, itu adalah baju kemeja aku yg ke-2. BANGGA! Dah pandai bergaya ok, dah boleh la kawen 4. Eh! hahaha..

Lepas tu lepas tu, korang tahu tak sufel? Alaa shuffle? Okey ni demo.

 (GAMBAR GIF)
Photobucket
Bergaya tak aku sufel dgn kasut sukan baru dan kemeja baru aku tuh? Eh safel ke tu? Haa safel jugak, kawan-kawan aku puji apa aku safel? Buta apa diorg tu kan. hahaha

Oh ya! Tolong abaikan ijat tu. Mentang mentang dah beli stoking baru, saje nak enterprame body letteww. *tak da kena mengena. haha

Jab. dah lari tajuk ni.. Sebenarnya aku Kembang Lobang Dong sbb ni-

Photobucket
Printscreen dari blog diannorhayati.blogspot.com

Gila ke apa si Diannorhayati ni kata aku comel? Aku hensem kot. Eh! hahaha.

Entry ni sgt mengjengkelkan kah? Ok. Salam 1 Malaysia!

*aku harap sgt supaya gambar aku dlm entry ni tak masuk dlm fanpage ANTI PAVILLION KL KIDS. haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-09-14

Harapan KURA Hanya Impian

Aku suka baca blog Harapan MARYA Hanya Impian.

Disebabkan oleh bergitunya, aku telah mengjudulkan tajuk enrty ini sempena nama beliaw aww, kerana disampingnya telah promote blog kura tempoh hari dan dengan serta merta nya follower aku memuncak sebanyak 30 orang dalam masa hanya sehari dan aku tahu kau orang tak hado kan kn?. (ayat terlebih panjang pula)

Tapi apakan daya, aku tak pandai menaip panjang-panjang utk mengdiskeraibkan apa HARAPAN dan IMPIAN aku dan seterusnya menghargai kak marya. Maaf kak.

Tapi tidak mengapa, cuma GIF boleh menerangkan semuanya. Terimakasih kak marya kerana memberi inspirasi.


Photobucket
Ini bukan impian zuber, tp impian kura. Dan jelas sekali kura itu bukanlah zuber. Eh. hahaha 

ps// Okey mcm biasa. Aku pun tak tahu apa motif entry ni. Entry pasal gatal nak kawen ke? Amboi padahal baru 3 hari masuk belajar. Heh! Ahh! Persetankan semua itu dan yg pasti entry ni tak ada kena mengena dgn aku. Janji aku iklas berblogging. kan? Hahaha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-09-12

Antara Duit PTPTN dan Stoking.

Quick hapdate! bajet berdebar-debar la ni taw taw.

Kami (pelajar utem degree) dapat duit PTPTN dalam RM2000 utk 1 sem. Average la kan..

Then apa kena mengena dengan stoking? Ok jom kita buat simple calculus sikit ye adik-adik.

Firstly, kita just assumed harga stoking RM3 dan duit PTPTN RM2000. Dan kira:



Okey, harga stoking se pasang hanya merangkumi 0.15% je dari keseluruhan duit PTPTN.

Fuh!!

Tak silap sy, hari sabtu lepas aka 10/9 duit PTPTN dah masuk dah..

Tapi tgk lah kawan sy kat bawah ni, jimat katanya. Duit ptptn ni kita kena simpan utk anak-anak kita nnt katanya. Hahahaha. First day kat fakulti dah buat aku gelak dekah-dekah!


kelas kau jat!


Kredit to Ijat. Dia ni hensem mcm sy. Bdn pun tuff. Ouch! Hahaha.

Belum habis cerita lg ni, pastu tadi lepas habis kelas. Sy yg bernama zubir, izat dan rakan rakan ke Bandar Melaka shoping barang hostel dan BELI STOKING BARU UTK IJAT. Eh yeke? Hahaha.

Pss// Ehem. Td masa kat Jaya Jusco ada seekor nyah ni pandang aku tak berkelip mata. Eh entah pape betul.. Nak cari anak ikang baru lettewww. Eheh!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-09-09

I Kerja 4 Hari, I Dapat Rm1K You.

Kali ni punya entry panjang, serius.. Jgn la sekerul+refresh byk byk lg ye. Eh! hahaha.

Percaya ataupun tidak, aku akhirnya mempunyai pengalaman bekerja pada usia 20 tahun. Kebabomm! Tahniah berr! Mak banggaaaaaaaaaaaaaa.

Percaya ataupun tidak, aku bekerja selama 4 HARI je dalam masa cuti 4 BULAN ni. Kebabomm! Tahniah berrr! Tapi kali ni mak tak bangga. Haha..

Tp okey la, sekurang-kurangnya aku bekerja. Dari melopong lobang dong je kat rumah ni kan. Pastu kembang kempis kembang kempis je hidung ni nak minta duit belanja kat mak. Nasib baik anak bongsu. Eh! Jeles akak akak. Hahaha..

Kerja apa je 4hari dpt Rm1k? Yang pasti ini bukan MLM ataupun kerja pada waktu MALAM. Eh? Jangan nak gaying bebeno dalam alam maya ni zuberrrr. Haha.. Kerja yg dimaksudkan adalah ;

Assalamualikum… Assalamualaikum..” (tebalkan muka)

Pakcik, Kami dari syarikat BLABLA mahu buat survey seketika boleh?” (maniskan mulut)

Boleh ye pakcik? Kejab je. Apa-apa pun thanks pakcik kerana sudi beri kerjasama” (kembangkan hidung) HAHA

Ok? Faham tak apa kerja aku? Sebagai seorg interviewer. Gittewww!

Kalau ikutkan, aku tak suka pun buat kerja melibatkan ‘face to face communication’ ni sebab lain org lain ragam kan. Kalau korang tgk promoter-promoter tu pun dah cukup la. Kadang-kadang ada yg kena maki balik dengan customer kan? Entah-entah, korang pom mmg suka memaki org yg kerja mcm ni ye? Haish.. 

Tp, Alhamdulillah.. Masa aku buat survey dari rumah ke rumah ni, kesemua responden aku baik-baik belaka. Sekor pun tak pernah maki aku malah serta-merta ingin memberikan kerjasama. Siap pelawa masuk rumah hidangkan air lg tuh. (yeke? Phuiii! Hahaha..)

Eh tapi betul la, ada juga responden yg baik. Beri kerjasama. Syukur.. Senang aku mengisi form.

first gaji, terus keluakan RM200. Lepas tu kena pau oleh akak-akak. amboi!


Apa-apa pun, terima kasih kepada seisi keluarga bakal bapak mertua tak jadi sebab offer aku kerja ni, selain menyediakan transport dan makan minum.  Serius sayang anak majikan. Eh? Haha..



pizza hasil titik peluh, menggeletar aku nak belanja akak-akak kesygn ni weh. hahaha

Rasa berbaloi bila gaji masuk weh.  Selain tu, aku rasa sifat keramahan dlm diri aku ni pun semakin meningkat ok. Habislah tino-tino kat luar sana tu habis aku tegur nnt. Haha.. (aku kat dunia nyata, mmg pendiam orgnya. Tolong percaya!)

Psstt! Korang sanggup tak buat kerja ni? Kalau mula-mula mesti korang rasa tak nak kan. Tapi korang kena fikir, communication skill sgt penting masa kita kerja. 

Cewah! Berilmiah sungguh entry kura kali ni. huahuaa 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-09-06

Gay Roti Canai 3 Keping!


Entry kali ni panjang! Panjang gilaaaaaaaa! Aku nak cerita dari A sampai ke Z, dari –infinity ke +infinity, dari kutub utara sampai ke kutub selatan dan dari Alif sampai ke.. ke apa eh? HAHA. Jawi failed!

Okey, aku ada sekeping gambar. Gambar ni aku snap sendiri, tapi hp tu hp kawan aku.. Korang hanya baca je dulu kandungan sms dalam hp tu dan fahamkan secepat mungkin a.k.a critical thinking.




Dah baca ke? Faham tak apa yg dimaksudkan “Gay Roti Canai 3 Keping” tu? Kalau faham sekerul ke bawah, kalau tak faham pun sekerul juga.







































































































































































































































































































































































































Okey tahniah. Korang Berjaya habiskan entry yg panjang gilaaaaaaaa ni dalam masa 5 saat. Satu rekod baru tu tahu? Hahahahahahaha.

Eh. Aku gelak sorang-sorang ke ni? Woi? Tak gelak ke? Adeh. Lawak tak menjadi.. mmg kurakura lombab kaki pendek zubir ni!

Eh? Nak baca lg? kan entry panjang gilaaaaaaaa ni dah habis. Dah boleh X dah blog kura ni. Terima kasih menyinggah.

Ps// kan aku dah kata, kita blogging kena iklas. Ni aku iklas la ni walaupun entry mengarut mcm gampang kan. Tapi aku iklas wo. hahaha 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-09-02

Kisah Benau : Anak Dara Mak!


Ini entry pasal anak dara, bukan pasal jamu mak dara tu. Eh! Haha..

Sebenarnya, aku bukanlah anak bongsu dlm family aku. Aku ada seorang lg adik yg bernama zubira. Comel kan nama dia? Macam campuran nama aku je. Eh? Lalala.. Ok seterusnya..

Raya tahun ni firsttime kiteorg beraya dengan zubira sejak beberapa tahun yg lalu. Sebab sebelum ni, zubira stay kat Indonesia. Sebab masa zubira umur 15tahun, dia pergi lari dengan jejaka jilaka lombok. Esh. Esh.. Mengamok wo mak aku.. Turun je dia dari flight kat lcct tu, terus mak aku pelengkung kepala ho dia. Pastu aku tolong kira “Oneeee! Twooo! Three!... you win!” haha. Dah merepek..

Tapi kan, zubira tu buat muka cool je bila kena pukul. Aku peliks Maria Elene Gerek Helen jugak.. Pastu td, aku tanya la zubira kenapa dia buat muka coo jel? Tak sakit ke kena pukul? Pastu zubira jawab.

Alala. Macam kena geget semut je mak pukul tadi. zubira masa kat lombok, siap kena hentak dengan bangku ngan laki zubira. Fuh.”- Tergamam aku. My mouth stuck with O shape ckp luu..

Okey. Masa kat rumah zubira ni sgt rajin.. Memang semua benda dia boleh buat la. Indoor  ke outdoor ke, semua dia boleh setelkan. Mungkin sebab kat lombok dia dijadikan org gaji sepenuh masa kot. Eh.. Tapi yg peliknya, kalau dia buat kerja kat rumah ni mesti zubira pakai baju jenis “tube” tu. Eshh. Mungkin sbb kat lombok tak ada duit nak beli baju kot. Dah terbiasa pakai pakaian half-half.

Photobucket
Ini dia, rajin kan kan?

Eh. Panjang pula aku bercerita, sepatutnya entry dalam belog kura ni ciput ciput je kan.

Then masa hari raya hari tu, si zubira ni buat gila kot. Mamalukan betul la dia ni.. Setiap kali family kami singgah rumah saudara-mara kami utk beraya, mesti dia tukar fesyen tudung. Haishh. Memang dasar.. dasar kemaruk berfesyen. Eh ke jakun. Entah aku pun tak tahu, kalau kau tanya mak aku pun mak aku mesti blur. (ain zulaikha plop)


Photobucket
Ayu tak dia ni? Suka tak suka tak?

Tapi papehal pun, sebenarnya si zubira ni happening orangnya. Aku suka dia. Dia cantik dia menghormati org tua, pandai memasak dan mcm mcm lg lah. Oh ya, dia pun seorg blogger kalau tak silap. haa korang suka dia tak? Eh. Ada kura kura dalam perahu lagi lah. Hahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...