2011-04-28

Final Exam Week (quick update!)

Testing..1 , 2 , 3 ... Wah lama dah aku tak update blog! Bak kata mereka kena tiup la 'fuhh! fuhhhh!!', habuk-habuk kat dalam blog aku ni sebab lama tak update. *ewyu. baru lah tahu dalam alam maya pun ada habuk. haha


       Study Week membataskan segala-galanya. Betul? Geram geram. Eh? Study week tak membataskan korang langsung ke? Hmm yela, carrymark korang superb kot. Aku? Bagai telur di hujung sudip, tunggu masa nak dipecahkan dan masuk dalam kuali buat telur mata buffalo. esh!

Mari-mari aku cerita sikit tentang kisah aku men study week kan diri. Jeng!

LAPTOP!

Alamak! Facebook? Tehee.
Kalau aku nak study aku perlukan laptop. Laptop mesti selalu on! Untuk apa?

lovely!

       Sebab inilah semangat aku. Sentimental kan? Ahah. Tapi tak selalu pun hadap muka parents aku ni sepanjang study, kadang-kadang ada la bukak lectur note, slide, spot question yang diorang post di fb dan boleh main gem untuk release tension dan jerit 'Arghhhhh!','Wargh!' dan 'fakla'. hehe. 

Chewing Gum & Mineral Water.

Makan chewinggum, kalau bosan-bosan boleh main dgn tangan. haha

          Chewing gum paling mujarab untuk hilangkan bosan semasa study berbanding jajan-jajan yang lain. Betul! Kalau jajan macam keropok ke apa ke, nanti kotor kan meja, semakkan meja korang. So, chewing gum tak akan kotorkan meja korang sama sekali. Kecuali kalau korang buang chewing gum tu merata-rata. Air meneral pun penting! Untuk oksigen di kepala otak korang. Tapi beli lah Mineral Water yg kat kedai tu, jgn amik R.O water yg murah tapi useless untuk body korang.

Lain-Lain.
Panadol dan Pisau. huh?
         Walaupun nampak macam tak penting, tapi sangat penting ok. Panadol untuk saiko korang supaya jgn nak pening-pening kepala sangat. Sebab nanti kalau pening, kena makan panadol. (yela, seperti yang kita tahu panadol sebenarnya tak elok untuk kesihatan kita untuk kesan masa panjang nanti) Then yang pisau tu pula, paling memainkan peranan penting dalam bilik aku ni. Sebab kalau aku malas atau rasa giveup, aku monolog macam ni :

"Zubir! baik kau belajar! kalau tak aku tikam kau sat lagi!" (ckp je lebih.haha)



Downy, Dynamo dan Kopiah.

       Lasty, kalau dah betul-betul giveup tahap bertanduk tu. Hmm tak tahu la nak buat apa kan. So aku bagi dua pilihan je kat diri aku. Dynamo+Downy untuk bunuh diri masuk icu then rasa aman yang sementara atau ambil kopiah pergi semayang. ceyy! Alim alim pulak aku ni. Padahal kopiah berkurun lama nya dalam laci tak keluar keluar. haha.. 

Yes! Aku berjaya merepek untuk hilangkan tension! Jom sambung study balik.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-04-11

Pantai Puteri 2300-0700.

"Mengantok, lengkap 24jam tak tidur. Masa tak tidur yang dipenuhi dengan kepelbagaian aktiviti!" Kata-kata sampah dari Dr. Kura.

2300 : Saya bukan gay! Sedapnya ABC dan Hantu Otak-Otak

Baru balik melencong di Pantai Puteri ni yaw. Bau pantai lagi ni! Haha.. Aaa Pantai Puteri tu nama tempat untuk sebuah pantai di Melaka. Best gila bermalam bersama rakan-rakan di tepi pantai okey. Macam-macam boleh buat! Dapat pula 7 orang kengkawan yang jenis bengong, tapi smart*. Lagi la best! Apa yang best ni dengan Pantai Puteri? Ada puteri ke? Haoh! Puteri pokok Ru banyak la sepanjang pantai tu. heheh.


Sampai je Pantai Puteri pukul 2300, kitaorang terus pegi makan di Medan Selera tepi pantai tu. Ok la, makan Yong Tau Foo. RM10.20 jugak la aku seorang, padahal ABC dengan semangkuk Yong Tau Foo je pun =,,=

Habis makan, terus lepak tepi pantai. Masa tu dah pukul 0030 dah. Jalan-jalan tepi pantai dulu cari kayu kayan, then buat unggun api. Dah macam ritual keagamaan je dah aku tengok. Haha.. Sambil-sambil tu, BBQ hotdok 7 paket. Gulp! Kenyang lagi.
0030 : Serius hotdok yg mereka bako ni rasa
carbon monoxide!

Sesudah kesemua perut buncit, yeah! masa yang di tunggu-tunggu. Bentangkan sleeping beg, dan sodomy. Eh! Huahua. Tak adalah, apa lagi kan masing-masing buka cerita pasal everything yang terlintas di fikiran la. Tapi ranking yang paling tinggi masa malam itu adalah "Kelebihan Anak Sulung, Boleh Membuli". Cis! Aku paling senyap malam tu sebab aku anak bongsu kan, tak boleh nak gebang lebih-lebih. *sedih!

Jam 0300, semua dah muka nak tidur. Alamak, kata nak overnight? Biarlah. Diorang semua tidur, kecuali aku. (dah macam mat indon bawah jambatan je aku tengok mereka, yela sleeping bag ada dua je pun. yang tidur nya 6 orang. haha) Aku nak buat apa ni pukul 3pagi? Kat tepi pantai? Nak dok ngadap mereka tidur, tak selera. So, jom berjalan-jalan sepanjang pantai. Kita tengok apa yang ada, jeng~


  • Mat Rempit
Mereka me racing sampai ke subuh. Bingit telinge den! *tak tahu la kawan kawan aku punya rabang telinga sampai nyenyak tidur kan. Haha
  • Pemancing
Aku tersembang pulak dengan seorang pemancing ni, yela aku minat memancing jugak kan. Saja la buat-buat peramah tanya dapat ikan apa, umpan apa. Then sembang punya sembang. Tak pasal-pasal aku kena ceramah bisnes MLM. Erk!
  • Orang Berjudi/Mabuk
Merosakkan nama pantai betul la mereka ni, yang berjudi orang-orang tua. Lokasi bawah pondok Istana Sangkut nelayan-nelayan kat situ. Yang mabuk pula orang-orang muda. Open gila diorang drunk.
  • Orang Beromen
Normal kot! Adalah jumpa pasangan-pasangan yang dok bercanda, sampai ke subuh pula tu. Paling         menakjubkan, ada yang bertudung. Bagus gila kan dok pagi pagi buta tepi pantai berduan. Erk, aku tak skodeng mereka ye. Aku pandang dari jauh je. Betul!
  • Nelayan
Susahnya nelayan, aku terserempak dengan seorang nelayan tua ni tangkap anak udang tepi pantai. Bayangkan, demi mencari rezeki sanggup turun laut pagi-pagi buta yang sejuknya sampai ke tulang. Kita sekarang? Nak stayup study lewat pagi sikit di bilik pun susah. *termasuk aku.
  • Orang Camping

0700 : Ridwan Bahrim. Ada gaya kan?  

Aku jalan punya jalan, Sampai la ke pagi hari. Non-stop! Tapi masa pukul 530 tu, kawan-kawan aku dah bangun dah. Padan muka ular kacau mereka tidur! hehe. Aku tak tahu sangat cerita pasal ular tu. Blablablaa, kami sambung BBQ hotdok untuk sarapan pagi. Lepas tu, kami jalan dan jalan dan jalan ke penghujung kiri pantai (tadi masa mula-mula tu, aku jalan ke arah kanan pantai) sampailah ke pagi. Best! Pukul 0900, siap-siap pulang ke hostel.
ALAMAK ASSIGNMENT MENANTI ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-04-08

Boyfriend Hidungnya Masin!

Model untuk entry ni.
Ada seorang mamat 'z' ni. Hari tu dia calling minah 's' ni tengah-tengah malam, buat Super Saver. Yela nak jimatkan. Kalau Super Saver, RM3 = 60minit. Okeylah, sangat jimat kan.

Masa diorang dok bergayut ni pula, si minah 's' ni tengah sentap tak tentu pasal. *ewyu. Adalah sebabnya, aku pun tak tahu. Bila tanya sebab apa, "Ntah." "Tak tahu.". Itu jela si minah 's' ni jawab kalau diajukan soalan sampailah pada minit ke-21, TUTTT!

Line putus? Call lagi sekali, tak dapat. Try Hantar sms, pun tak delivered. Mungkin hp habis battery kot. Biarkan jela minah 's' tu.

2 days later..

Minah 's' call mamat z, (pakai hp ibu 's'), 'sorry la hari tu, tak ada mood la. then battery hp habis. malas nak pergi charge, cari plug semua. pagi tu baru on balik hp'. Tapi mamat 'z' biasa-biasa je, tak desperate sangat pun sebab mamat 'z' sebenarnya pun malas nak layan kesentapan minah 's' malam tu. haha...

Minah 's' tanye pada mamat 'z', "kau buat Super Saver ke? Call selebihnya tu buat apa? Berapa minit lagi tinggal? Sorry la. Ingat nak suruh kau call balik masa subuh, sekurang-kurangnya tak ada la membazirkan kredit kau kan". Mamat 'z' jawab :

"Aaa tak buat pape pun minit yang tinggal tu, aku terus tidur"
"Tak apa, subuh hari itu pun aku tak sedar, tak kisah"
"Lagipun, aku rugi dalam RM0.50 je pun"
"Yela,  21minit yang aku call kau tu, kalau di darabkan dengan RM0.12 (12sen/minit normal charge) baru RM2.52"
"RM2.52 kalau ditolak dengan RM3.00 (RM3/SuperSaver), ada dalam RM0.50 lagi"
"Tak apa lah, rugi RM0.50 je kot"
"Haa malam ni, kau call la aku? Ganti balik? Baru fair"

Minah 's' jawab :

"BONGOK!"
"Call tak iklas kan, bekira nak mampus."
"Itu pun beria kira-kira"
"Tahi hidong masin!"
"Tak ada nya nak ganti-ganti. bekira gila kan"
"Ntah apa-apa"

Mamat 'z' balas, 'Arghh kau pun kedekot kredit! Call ni pun pakai hp ibu kau kan. Kedekot!'

So? Sape yang betul-betul kedekot tahi hidung masin ni? Dua-dua la kot! Haha...
Habis.. Ni bukan cerita aku, cerita kawan aku okey :3

*Sebenarnya, kau = awak dan aku = saya. Sangat geli kan kalau nak tulis 'saya, awak' dalam blog. Erk? hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-04-07

Tak Minat Bola Sepak?

 Pehal doh kau tak minat bola?
 Er. Aku bukan tak minat, tapi tak tahu nak sokong yang mana satu.

Weh malam ni tengok bola jom?
Aa. Aku busy la malam ni, nak buat assignment kot.

Petang ni main bola jom?
 Erm. Aku kurang sihat la, sory la.

Kau ni selalu mengelak je daripada bola, kenapa?
Sebab, aku kaki bangku. So semua yang melibatkan bola aku kureng berminat.




Jujur tak aku hari ni? Haha…

Salah ke lelaki tak minat bola sepak? Boleh bawa maut ke? Boleh kena senggugot ke? Kalau tak minat, bukan lelaki ke? Pondan? Erk.

Pangg! Kan dah kena lempang.

Lepas tu, kalau lelaki yang patah kaki tak boleh main bola macam mana? Kalau lelaki yang buta penglihatan macam mana? Mereka pondan la? Sampai hati korang cakap OKU ni pondan. Heheh gurau! Tak minat bola tak semestinya pondan ok, tapi jarang je lelaki di Malaysia ni yang tak minat bola? Semua nya kemaruk bola. Pon-Pon Nyah-Nyah banyak la tak minat bola kan. Alamak? Orang tak minat bola = Pon-Pon Nyah-Nyah la?

BUKAN! Aku nak tegakkan keadilan jugak.

Contoh, kalau perempuan minat bola. Perempuan yang pakai tudung tu semua. Haa macam mana? Mereka ni lelaki la ke apa? Tomboi? Pengkid? OMG.

So, yang nyata nya. Lelaki tak minat bola bukanlah pondan. Siapa cakap aku sula dia sat lg! haha

*Semalam Manchester United menang 1-0 lawan Chelsea. Seronok kawan-kawan aku dok cerita sana sini MU hebat blabla. Yang penyokong Chelsea, nganga. Haha best juga kadang-kadang layan kerenah kawan-kawan yang fanatik bola ni. Eh minat pulak kau zubir? Hape hapee jelarhhhh..

Ini lah MU? Ooooo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-04-03

ABPBH 2010 : Baru nak jatuh cinta!

Johan dan Ucop Whelcha : soley soleyyyyyy! soley leyy!


Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 ialah...




TAHNIAH!
Ramainya orang like.

Lepas tu...


ALAMAK!
Tak apa, biarkan je minah ni haha


Tapi nasib baik lah ada jugak orang macam ni..


SETIA!
(tapi mcm syok sendiri pulak.haha)

Erk? Tak pasal-pasal..



PERASAN!
Jauh panggang dari api. hahaha

Biarkan jelah. Yang penting...



You like this.
Itu yang penting! haha


Btw, tanhiah Shaheizy Sam!


Teruskan mewarnai seni tanah air kita okey!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-04-02

Jackass yang gila

"ye ye, abang maii bang. Akak akak mai datang sini tengok sat. ada barang baik punya. maiii maiii, tengok-tengok ja. bukan suruh beli punn"

Ada macam adik promoter tak aku ni? haha.. Maaf memang tak ada bakat pun kan. Lagi satu, memang aku tak ada keinginan pun jadi promoter ni *chewah* (tiru comel macam Amirrah Zawani)

Okey, first time aku tulis entry preview movie untuk blog sikurakurapurapura ini. Movie apa yang nak di promote ni? Jeng Jengg Jengg! Mempersembahkan :


JACKASS!

Erk? Movie ni bukan dah lama keluar ke zubir? Aduh. kau ni memang ketinggalan zaman la. noob!

Alamak, memang la dah lama keluar abang akak semua, tapi apa salahnya nak imbas kembali kan?

Jackass ni sebenarnya bukan movie, tapi macam al-kisah si mangkuk-mangkuk yang bodoh buat perangai bodoh. haha. Series, cerita ni paling gila la aku pernah tonton. Memang aku gelak sampai berair mata. Otak bebudak Jackass ni sangat bodoh lagi gila, tapi mereka smart. Saya ulang, SMART. Nak tahu apa yang smart? Download la sendiri cerita ini ok. (maaf tiada link download disediakan, aku pun ambil cerita ni dari kawan)

Bebudak Jackass ni terdiri daripada :

  • Johnny Knoxville
  • Bam Margera
  • Ryan Dunn
  • Steve-o
  • Jason Acuna (wee man)
  • Chris Pontius
  • Preston Lacy
  • Dave England
  • Ehren Mcghehey

ni steve-o, tits dia kena geget dek boaya! haha..


Steve-o paling style dalam movie ni. Aku jatuh cinta jab dengan dia. Eh! haha.. Ada 3 ketegori kebodohan bebudak Jackass ni :

1. Cari pasal dengan orang awam. (macam Chris Pontius yang menari half bogel depan polis Jepun)
2. Cari Pasal sesama mereka sendiri. (macam, si wee man yg sepak kemaluan steve-o)
3. Buat kerja bodoh untuk diri sendiri. (macam buang air besar dalam mangkuk toilet barbie doll)


Jackass ni ada banyak episod. Aku pun tak tahu sangat, tapi yang aku dah tonton Jackass the Movie dan Jackass Number 2 sahaja.

Lastly, sebelum aku terlupa nak bagi tahu. Jackass ini cerita dia sesuai untuk orang yang berfikiran terbuka je. Atau erti kata lain, 18SX minded! Kalau ikutkan, tak adalah lucah sangat cerita ni. Sebab bebudak Jackass ni semua lelaki. Tapi itu lah, bebudak Jackass ni daring je. Yela, mereka nak buat kelainan, so mereka perlu la korbankan malu (kemaluan) mereka sendiri kan. hahaha. kalau korang dah tengok cerita ni, korang faham la apa maksud kemaluan tu.

Err. ada lagi! Tak habis lagi ni.. Kalau agak-agak tak boleh terima apa yang bebudak Jackass ni buat, tolonglah tutup terus movie ni okey. delete! empty recycle bin sekali! Jangan tonton dah dan jangan  sesekali salahkan aku promote cerita ini. Erk? Aku promote ke? TAK TAK, AKU BERITAHU JE. Then tonton cerita ini sesama kawan yang sama gander adalah sangat digalak kan! haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...