2011-03-15

Angry Birds.

Jom main Angry Birds!


Ini game baru ke? 
Atau aku seorang je yang baru tahu?
Best sangat ke angry birds ni?
Boleh bawa maut ke?

Eshh tak ada la baru sangat game ni, dalam 2010 jugak di "launching" nya..
Mungkin juga la kau seorang yang baru tahu, orang lain dah khatam dah.
Okey, game ni sangat best kot. guna Burung Merah tembak-tembak Babi Hijau kan.
Betul, game ni boleh bawa maut kalau kau main masa tgh drive! haha.


Dengan bongkak lagi besau hidungnya, 
aku berjaya menghabiskan game ni dalam tempoh 2-3minggu je.
okey, kira hebat la tu. lagi pun aku ni student kan. (alasan)

Angry birds ni sebenarnya game yang menguji kehebatan jari-jemari korang.
Korang kena pandai target Burung Merah tu dengan menggunakan 'lestik gergasi' untuk shot Babi hijau
yang mencuri telur-telur Burung Merah tu.
Angry birds ni ada 5 chapter, dan setiap chapter tu ada lagi stages nya yang lain.

  • Chapter 1 (Poached Eggs) ada 63 stages.
  • Chapter 2 (Mighty Hoax) ada 42 stages.
  • Chapter 3 (Danger Above) ada 45 stages.
  • Chapter 4 (The Bg Setup) ada 45 stages.
  • Chapter 5 (Ham 'Em High) ada 30 stages dan coming soon.
  • lasty, Golden Eggs!
 

Tak susah sebenarnya nak lepas setiap stages, sebab senang dan menyeronokkan!
Haa korang, kalau setakat pandai menaip keyboard laju-kaju je, apa barang kan. hahah
So, jom la main game ni?

p/s: Oh ya, Angry Birds ini akan juga dimasukkan ke laman sosial network ketaksuban 
korang (FB) dalam bulan May. Habis la jatuh saham CityVille dan FarmVille. 



Review 1

Review 2


TOLONG LIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pendiam itu bagus!


Situasi masa kelas :

Ada minah ni bercakap non-stop. tiba tiba?

ada orang cakap 'shut up you!!!' haha..

     Yes, situasi ni masih segar dalam ingatan aku. Di mana si S yang sangat garang ni kena ‘sound’ oleh si A yang sangat sopan. Haha! Kalau ikutkan kejadian ni sangat tegang kot, si S ni sampai marah si A tu balik sambil nangis-nangis sebab tak puas hati punya pasal. Bukan tak puas hati sebab kena ‘shuu shuuu shuuutt up youu!!!’ (si A ni suaranya macam terketar-ketar sikit orgnya) ni, tapi perasaan  tak puas yang di pendam berbulan lama nya. 

Sebenarnya nak cakap tentang kelebihan orang pendiam dan orang yang mendiamkan diri. Kalau nak tahu, aku ni sgt pendiam kot dalam kelas. Betul, tak percaya tanya la kawan-kawan aku. Tapi kalau diorang ckp aku ni sebaliknya, mai bawak kat aku biaq aku p pelengkung sat  kepala dia. Haha speking utara jab.

Eh tapi memang betul aku ni pendiam dalam kelas.  1 sebab nk tumpukan perhatian ( yela risau sekali kena tanya soalan, tak ke nganga aku nak jawab nnt) dan 2 sebab masa belajar, buat la cara belajar ye. Kat luar kelas kalau nk terpekik terlolong sambil kelam-kelam pun tak apa kan. 

Orang pendiam ni lebih baik daripada orang yang suka cakap main hembus je. Sokong?  Sama ada baik perangai pendiam atau sengaja mendiamkan diri, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tak susah kot nak buat. Asalkan hati menyuruh kita diri sendiri berbuat demikian kan kan.

Contoh, kalau korang ni jenis banyak perkataannya kan, asik nak bercakap je macam burit chicken, so komfom banyak la silapnya kan. Tipu la kalau tak pernah silap or tersasul. Lagipun mungkin kita tak perasan, tapi orang yg mendengar sangat perasan dengan kata-kata kita sebab dia pendengar.

Bila korang dah buat banyak silap perkataannya, komfom boleh bawa kepada prasangka dan macam-macam lagi. erk?

Then, orang yang sengaja mendiamkan diri ni juga bagus. Tapi memang betul juga tak bagus kan kalau kita mendiamkan diri dalam semua perkara, contoh kalau bab belajar. Nanti di label kedekut ilmu pula kan. Tapi sengaja mendiamkan diri ni dari segi emosi kita. Macam kalau kita tgh marah atau di marah. Just simpan je emosi kita tu. Nanti kalau dilepaskan, mula la keluar macam-macam.

Akhir entry ni, nak cakap yang ada kot hikmah nya jadi orang yang pendiam ni. Korang pun boleh fikir logik sebenarnya kan. Malas nk huraikan panjang-panjang, sebab benda ni KBKK sangat. Cehh! Haha..



TOLONG LIKE! ye aku paksa. haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-03-11

Pole dancer? Eh shovel seller lah.

kura-kura pun nak beli penyodok tu! haha

The teacher graded it and the child brought it home.

She returned to school the next day with the following note:


Dear Ms. Davis,

I want to be perfectly clear on my child's homework illustration.

It is NOT of me on a dance pole on a stage in a strip joint surrounded by male customers with money.

I work at Home Depot and had commented to my daughter how much money we made in the recent snowstorm.

This drawing is of me selling a shovel.

Sincerely,

Mrs. Hatton





bukan karya kurakura, but then saje berkongsi :)
 [willyyilly]
TOLONG LIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-03-07

Satu salah? semua dipersalahkn!

         Arghhhh! *screaming! Apa perasaan korang kalau kena halau daripada masuk fakulti?. Series sedih lagi malu kan, aku punya la semangat mandi pagi semata-mata nak pergi kelas (kantoi jarang mandi pagi.hehekk) , sekali baru nak masuk pintu pagar dah kena halau dengan Pak Guard yang bersekompong dgn Lecturer ni. Teruk sgt ke masalah disiplin aku ni sampai kena halau dengan lecturer tu? Ni yang nk mencarut ni. dia belum taw yg aku ni bakal dekan. Ehh haha

Situasi, baru turun kereta dan nak masuk pintu pagar fakulti. Pak guard dengan sorang lecturer ni terpacak depan pintu pagar fakulti, lepas tu ;

Lecturer : Kamu! datang sini jab.

Aku         : ye encik, kenapa?

Lecturer : Kenapa pakai roundneck ni? Rambut panjang, pakai Crocs lagi.

Aku         : Errrr.... sebab..

Lecturer : Ada bawa kad matrik? (act, dia nak minta kad matrik aku sebab nak saman aku!)

Dalam hati, aduhh! Asal la malang nasib aku hari ni. Dan-dan pakai roundneck, pakai crocs bagai la lecturer ni ada kat depan ni. Rambut aku pun bukannya panjang sgt, serabai je pun. hensem lagi tuh. Esh! Then aku raba-raba poket belakang ;

Aku         : Alaaaa encik! purse saya tinggal kat bilik la. Adehh..

Lecturer : Saya tak benarkan kamu masuk kalau tak ada pengenalan pelajar. Saya bukan
                 tahu kamu pelajar di sini ataupun tidak.

          Wah! berasappppp telinga aku dengar kata-kata dia. Dia ingat aku bangla ke ape! Okey. Mood tak puas hati dah dtg balik ni. haha. Pastu, dia mintak Ic aku pulak kan. Aisehh, dah aku ckp purse aku tinggal di bilik. Lagi mau  mintak Ic aku kan. Sebelum dia minta Ic aku tu, dia sempat salahkan aku lagi dengan satu kesalahan kot. Dia salahkan aku pakai jeans. Amboiii kau lecturer, tadi ada pelajar perempuan pakai jeans tak ada pulak kau tahan kan? Bukan kata pelajar perempuan tu pakai jeans je, mereka siap pakai seliper! saya ulang, seliper! (klik sini kalau nak kenal perempuan tu) Tak ada pula encik tahan kan? Jab, aku tak ada la ckp marah-marah macam ni depan lecturer tu kan. masa tu aku diam je. Ni gimik tak puas hati je. haha

Ni saksi kejadian ni. Aku kena halau depan dia dan rakan-rakan dia. erk!


          Dah kena halau tu, okey aku redha jela. Takdir aku kot hari ni kena halau dari fakulti. Tapi, tetiba ada masalah terpancul di fikiran aku. Aku nk pergi mana ni? Kawan aku yang bawa kereta tu boleh masuk. Aku nk merempat mana ni? Kelas 2 jam wo.. Okey jgn risau, aku lupa yang ada restoran kat seberang jalan depan fakulti aku tu. hehe. Jom pekena Nasi Lemak dulu! 

          Sampai je restoran tu, aku amik Nasi Lemak sebungkus, Kuih 3 ketul dan Teh O ais. Yeah! Seronok kena halau dan tak pergi kelas. Tak kisah pun tak pergi kelas, sebab boleh je kirim tandantangan. ops. Pastu aku jamah la kuih seketul, minum air semua. Then baru nak buka Nasi Lemak, TETIBE! hah. Tetibe kan. Aku nak bayar pakai apa ni? Purse tinggal kat bilik? Satu sen pun tak bawa ni? pergh! tak jadi mkn. Aku sms kawan aku dan... 





dan dia keluar kelas pukul 10, dia tolong bayarkan. Eh itu pun bukan duit dia, duit kawan aku yang sorang lagi. Dia pun tak ada duit masa tu. haha. haru di buatnya!



TOLONG LIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-03-05

Cara-cara nak rasa berbaloi makan di restoran mamak.

          Brlupppppp! huh. perutku sangat kenyang okey selepas menikmati roti canai dan ayam goreng made in air tangan mamak tadi. Di tambah pula dengan peluh-peluh dan bulu-bulu di tangan nya ketika menebar roti canai tadi, pergh! ok. sangat menggelikan dan aku rasa nak muntah balik apa yg di telan tadi. haha. Tadi makan 2 keping roti canai, 1 ayam goreng dan 1 milo ais. Semuanya RM5.90! Alamak, macam mahal je? kalau makan malam kat kedai tomyam pun, dah dapat macam-macam kan..

Tapi kan, tapi kan. Tadi saya rasa sungguh berbaloi kot makan kat kedai mamak. Nak taw sebab apa? Sebab tadi tetibe ada syaiton goda-goda suruh melingkopkan bisnes orang. haha. Mula-mula order la Nasi Lemak dan Air kosong je. Sebab makanan tu menjimatkan dan mengenyangkan untuk sarapan pagi (padahal dah pukul 11am dah). Tunggu punya tunggu, Ane tu datang bawa air kosong dan ;

"Nasi Lemak suda habis la. baru mau masak, 1 jam baru siap lagi. apa mau order? nasi? roti telur?"

Aduh, potong stim la Ane ni. "tak pe Ane, nanti saya order, mau fikir jab." Masa ni kawan aku dah order roti telur dah. Aku masih terpinga-pinga, nak nasi ke roti ni? Arghh..

"Ane! kasi roti satu!" 

Aku punya order dari jauh. Ane tu buat muka kerut-kerut pulak. bukan sebab aku kasar, tapi sebab tadi aku malas order masa dia datang meja aku tadi kan. haha. rilexx suda Ane.

Roti canai aku pun sampai. Alahai, tapi dah tengah hari ni zubir? tak kan roti canai dengan air kosong je? Ermm..

"Ane! kasi ayam goreng satu.besar-besar ok. kasi potong sekali"

Okey. Ane tu datang bawak ayam goreng.. Tapi, macam tak best pulak kan? Sebab ayam goreng tak kan nk cicah dengan kuah dal je? Tak boleh jadi ni. Tak pe, malas nk susah kan Ane tu lagi, aku pegi amik sendiri kuah kari kat lauk pauk layan diri tu. (act memang nak amik sendiri pun, sebab masa amik kuah tu boleh la cukai-cukai sikit serpih ikan tenggiri kari tu kan. hehe)

Dah amik kuah kari tu, makan punye makan. Habis? Eh cepat benar roti canai ni habis! Tapi yela, dah order pun satu je kan.

"Aneee! roti canai lagi satu?"

haha. gedik sangat aku hari ni kan. Roti pun sampai, aku sambung makan balik sambil layan cerita Nat Geo.
wahhh! banyak gila pinggan mangkok atas meja aku ni? haha. dah macam 5 orang makan. Padan la muka kau mamak basuh pinggan aku je hari ni. syaitonnn gila aku !

Ada 2 pinggan utk roti canai, 1 pinggan utk ayam gorang. 2 piring untuk kuah dal dan kari dan 1 gelas milo ais. Jumlah 6 pinggan untuk aku seorang je hari ni! hahaha. puas!

Pergi bayar. jgn lupa amik tisu (kedai mamak sgt kedekot tisu!), the balik. Masa balik baru terasa yang aku ni tak berapa perikemanusian hari ni. Pastu tulis dalam blog, dah jom taubat balik. end.


tercomel pulak aku lukis kura kura ni. aww!


*ada jugak unsur-unsur yg aku menipu dalam cerita ni. bagi metafora sikit kan. tp 99% cerita ni original dari kurakurapurpura :)


TOLONG LIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...