2011-03-15

Pendiam itu bagus!


Situasi masa kelas :

Ada minah ni bercakap non-stop. tiba tiba?

ada orang cakap 'shut up you!!!' haha..

     Yes, situasi ni masih segar dalam ingatan aku. Di mana si S yang sangat garang ni kena ‘sound’ oleh si A yang sangat sopan. Haha! Kalau ikutkan kejadian ni sangat tegang kot, si S ni sampai marah si A tu balik sambil nangis-nangis sebab tak puas hati punya pasal. Bukan tak puas hati sebab kena ‘shuu shuuu shuuutt up youu!!!’ (si A ni suaranya macam terketar-ketar sikit orgnya) ni, tapi perasaan  tak puas yang di pendam berbulan lama nya. 

Sebenarnya nak cakap tentang kelebihan orang pendiam dan orang yang mendiamkan diri. Kalau nak tahu, aku ni sgt pendiam kot dalam kelas. Betul, tak percaya tanya la kawan-kawan aku. Tapi kalau diorang ckp aku ni sebaliknya, mai bawak kat aku biaq aku p pelengkung sat  kepala dia. Haha speking utara jab.

Eh tapi memang betul aku ni pendiam dalam kelas.  1 sebab nk tumpukan perhatian ( yela risau sekali kena tanya soalan, tak ke nganga aku nak jawab nnt) dan 2 sebab masa belajar, buat la cara belajar ye. Kat luar kelas kalau nk terpekik terlolong sambil kelam-kelam pun tak apa kan. 

Orang pendiam ni lebih baik daripada orang yang suka cakap main hembus je. Sokong?  Sama ada baik perangai pendiam atau sengaja mendiamkan diri, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tak susah kot nak buat. Asalkan hati menyuruh kita diri sendiri berbuat demikian kan kan.

Contoh, kalau korang ni jenis banyak perkataannya kan, asik nak bercakap je macam burit chicken, so komfom banyak la silapnya kan. Tipu la kalau tak pernah silap or tersasul. Lagipun mungkin kita tak perasan, tapi orang yg mendengar sangat perasan dengan kata-kata kita sebab dia pendengar.

Bila korang dah buat banyak silap perkataannya, komfom boleh bawa kepada prasangka dan macam-macam lagi. erk?

Then, orang yang sengaja mendiamkan diri ni juga bagus. Tapi memang betul juga tak bagus kan kalau kita mendiamkan diri dalam semua perkara, contoh kalau bab belajar. Nanti di label kedekut ilmu pula kan. Tapi sengaja mendiamkan diri ni dari segi emosi kita. Macam kalau kita tgh marah atau di marah. Just simpan je emosi kita tu. Nanti kalau dilepaskan, mula la keluar macam-macam.

Akhir entry ni, nak cakap yang ada kot hikmah nya jadi orang yang pendiam ni. Korang pun boleh fikir logik sebenarnya kan. Malas nk huraikan panjang-panjang, sebab benda ni KBKK sangat. Cehh! Haha..



TOLONG LIKE! ye aku paksa. haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
5 Comments

5 kata-kata dari anda:

Anonymous said...

mmg pon ko pendiam..aku x penah dgr suara ko.. hahaa

kura said...

yolahhh ekauuu! haha

Amirrah Zawani said...

i pun pendiam.. dalam kelas diam sbb takut kena tanya.. haha!! sama la.. =p

kura said...

oh yeke? hahaha..
tapi tapi hakikatnya, bila kat luar kelas mesti mulut start pokbekpokbek balik kan haha :3

athiQistina said...

ahaa . dengan kawankawan bising lah .
bila kena jawab soalan tibatiba muka suci semua .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...