2011-03-05

Cara-cara nak rasa berbaloi makan di restoran mamak.

          Brlupppppp! huh. perutku sangat kenyang okey selepas menikmati roti canai dan ayam goreng made in air tangan mamak tadi. Di tambah pula dengan peluh-peluh dan bulu-bulu di tangan nya ketika menebar roti canai tadi, pergh! ok. sangat menggelikan dan aku rasa nak muntah balik apa yg di telan tadi. haha. Tadi makan 2 keping roti canai, 1 ayam goreng dan 1 milo ais. Semuanya RM5.90! Alamak, macam mahal je? kalau makan malam kat kedai tomyam pun, dah dapat macam-macam kan..

Tapi kan, tapi kan. Tadi saya rasa sungguh berbaloi kot makan kat kedai mamak. Nak taw sebab apa? Sebab tadi tetibe ada syaiton goda-goda suruh melingkopkan bisnes orang. haha. Mula-mula order la Nasi Lemak dan Air kosong je. Sebab makanan tu menjimatkan dan mengenyangkan untuk sarapan pagi (padahal dah pukul 11am dah). Tunggu punya tunggu, Ane tu datang bawa air kosong dan ;

"Nasi Lemak suda habis la. baru mau masak, 1 jam baru siap lagi. apa mau order? nasi? roti telur?"

Aduh, potong stim la Ane ni. "tak pe Ane, nanti saya order, mau fikir jab." Masa ni kawan aku dah order roti telur dah. Aku masih terpinga-pinga, nak nasi ke roti ni? Arghh..

"Ane! kasi roti satu!" 

Aku punya order dari jauh. Ane tu buat muka kerut-kerut pulak. bukan sebab aku kasar, tapi sebab tadi aku malas order masa dia datang meja aku tadi kan. haha. rilexx suda Ane.

Roti canai aku pun sampai. Alahai, tapi dah tengah hari ni zubir? tak kan roti canai dengan air kosong je? Ermm..

"Ane! kasi ayam goreng satu.besar-besar ok. kasi potong sekali"

Okey. Ane tu datang bawak ayam goreng.. Tapi, macam tak best pulak kan? Sebab ayam goreng tak kan nk cicah dengan kuah dal je? Tak boleh jadi ni. Tak pe, malas nk susah kan Ane tu lagi, aku pegi amik sendiri kuah kari kat lauk pauk layan diri tu. (act memang nak amik sendiri pun, sebab masa amik kuah tu boleh la cukai-cukai sikit serpih ikan tenggiri kari tu kan. hehe)

Dah amik kuah kari tu, makan punye makan. Habis? Eh cepat benar roti canai ni habis! Tapi yela, dah order pun satu je kan.

"Aneee! roti canai lagi satu?"

haha. gedik sangat aku hari ni kan. Roti pun sampai, aku sambung makan balik sambil layan cerita Nat Geo.
wahhh! banyak gila pinggan mangkok atas meja aku ni? haha. dah macam 5 orang makan. Padan la muka kau mamak basuh pinggan aku je hari ni. syaitonnn gila aku !

Ada 2 pinggan utk roti canai, 1 pinggan utk ayam gorang. 2 piring untuk kuah dal dan kari dan 1 gelas milo ais. Jumlah 6 pinggan untuk aku seorang je hari ni! hahaha. puas!

Pergi bayar. jgn lupa amik tisu (kedai mamak sgt kedekot tisu!), the balik. Masa balik baru terasa yang aku ni tak berapa perikemanusian hari ni. Pastu tulis dalam blog, dah jom taubat balik. end.


tercomel pulak aku lukis kura kura ni. aww!


*ada jugak unsur-unsur yg aku menipu dalam cerita ni. bagi metafora sikit kan. tp 99% cerita ni original dari kurakurapurpura :)


TOLONG LIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
14 Comments

14 kata-kata dari anda:

princess sakura said...

ak nk ckp,,sengal..

kura said...

Terima kasih. Sila like :3 lalalaa...

Anonymous said...

aku igt kan kura2 mkn kang kung je..hahahhaaa

miranawi said...

hoho, 2ka layout bru kot kura2
*xde kaitn ngan entry. hua3

kura said...

Anonymous. tolong perkenalkan diri dulu :3

kura said...

Haa mira memang tak ada kaitan dgn entry. tak pe, aku maafkan kau :) Lalala...

sEpAtu&aKu said...

ko wat ak rse nk muntah mkn roti canai la der. =,=

kura said...

hahaha. muntahh kan ajerrrrrr :3

Amirrah Zawani said...

lain kalo order la bagi cukup 10 pinggan terus.. hahahah!! :D

kura said...

amboiii. sy xda DUIT nk bayar kot. sobs! hahaha

bella lim said...

standard la mamak zaman sekarang memang mahal. mcD lagi murah. haha. kurang asam je perangai kau cukai cukai tu. ahhaha

hana sudradjat said...

perlukah anda mengingatkan kami kepada peluh-peluh itu?-.-

kasihan kami peminat roti canai ini. T_T

eh mamak kedekut tisu ke?saya rasa mamak tu tak habis-habis bagi tisu.kadang tu pandang je,tengah fikir nak order something,tak cakap apa-apa pun, tetiba dia datang bagi tisu. =.="

kura said...

@hana. perlu. sbb peluh dan mamak adalah benda yg sama. heheh.

ada tempat kedekot tisu wo. seriess!

Finaz Jaafar said...

hahaha..lawak lak..weyh aku pun kalau amik kuah sendiri mesti ada serpihan ikan..bukan salah aku tapi memang TERmasuk..lalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...