2011-03-07

Satu salah? semua dipersalahkn!

         Arghhhh! *screaming! Apa perasaan korang kalau kena halau daripada masuk fakulti?. Series sedih lagi malu kan, aku punya la semangat mandi pagi semata-mata nak pergi kelas (kantoi jarang mandi pagi.hehekk) , sekali baru nak masuk pintu pagar dah kena halau dengan Pak Guard yang bersekompong dgn Lecturer ni. Teruk sgt ke masalah disiplin aku ni sampai kena halau dengan lecturer tu? Ni yang nk mencarut ni. dia belum taw yg aku ni bakal dekan. Ehh haha

Situasi, baru turun kereta dan nak masuk pintu pagar fakulti. Pak guard dengan sorang lecturer ni terpacak depan pintu pagar fakulti, lepas tu ;

Lecturer : Kamu! datang sini jab.

Aku         : ye encik, kenapa?

Lecturer : Kenapa pakai roundneck ni? Rambut panjang, pakai Crocs lagi.

Aku         : Errrr.... sebab..

Lecturer : Ada bawa kad matrik? (act, dia nak minta kad matrik aku sebab nak saman aku!)

Dalam hati, aduhh! Asal la malang nasib aku hari ni. Dan-dan pakai roundneck, pakai crocs bagai la lecturer ni ada kat depan ni. Rambut aku pun bukannya panjang sgt, serabai je pun. hensem lagi tuh. Esh! Then aku raba-raba poket belakang ;

Aku         : Alaaaa encik! purse saya tinggal kat bilik la. Adehh..

Lecturer : Saya tak benarkan kamu masuk kalau tak ada pengenalan pelajar. Saya bukan
                 tahu kamu pelajar di sini ataupun tidak.

          Wah! berasappppp telinga aku dengar kata-kata dia. Dia ingat aku bangla ke ape! Okey. Mood tak puas hati dah dtg balik ni. haha. Pastu, dia mintak Ic aku pulak kan. Aisehh, dah aku ckp purse aku tinggal di bilik. Lagi mau  mintak Ic aku kan. Sebelum dia minta Ic aku tu, dia sempat salahkan aku lagi dengan satu kesalahan kot. Dia salahkan aku pakai jeans. Amboiii kau lecturer, tadi ada pelajar perempuan pakai jeans tak ada pulak kau tahan kan? Bukan kata pelajar perempuan tu pakai jeans je, mereka siap pakai seliper! saya ulang, seliper! (klik sini kalau nak kenal perempuan tu) Tak ada pula encik tahan kan? Jab, aku tak ada la ckp marah-marah macam ni depan lecturer tu kan. masa tu aku diam je. Ni gimik tak puas hati je. haha

Ni saksi kejadian ni. Aku kena halau depan dia dan rakan-rakan dia. erk!


          Dah kena halau tu, okey aku redha jela. Takdir aku kot hari ni kena halau dari fakulti. Tapi, tetiba ada masalah terpancul di fikiran aku. Aku nk pergi mana ni? Kawan aku yang bawa kereta tu boleh masuk. Aku nk merempat mana ni? Kelas 2 jam wo.. Okey jgn risau, aku lupa yang ada restoran kat seberang jalan depan fakulti aku tu. hehe. Jom pekena Nasi Lemak dulu! 

          Sampai je restoran tu, aku amik Nasi Lemak sebungkus, Kuih 3 ketul dan Teh O ais. Yeah! Seronok kena halau dan tak pergi kelas. Tak kisah pun tak pergi kelas, sebab boleh je kirim tandantangan. ops. Pastu aku jamah la kuih seketul, minum air semua. Then baru nak buka Nasi Lemak, TETIBE! hah. Tetibe kan. Aku nak bayar pakai apa ni? Purse tinggal kat bilik? Satu sen pun tak bawa ni? pergh! tak jadi mkn. Aku sms kawan aku dan... 





dan dia keluar kelas pukul 10, dia tolong bayarkan. Eh itu pun bukan duit dia, duit kawan aku yang sorang lagi. Dia pun tak ada duit masa tu. haha. haru di buatnya!



TOLONG LIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
16 Comments

16 kata-kata dari anda:

balecan said...

memang sakit ati pon
kadang2 aku pon terpikir
adil ke pompan dtg kelas seliper je..
hg pakai croc dari brash ke??
elok la croc dari seliper kan

miranawi said...

HAHA

kura said...

tula bale. pedih kot hati aku ni memikirkan ketidakadilan lelaki yg memberatsebelahkan pompoan ni. hishhh.. haa tak lah, croc kat brash tu dah hilang dah. ni baru beli sem lepas heheh

kura said...

mira. ye kau gelak sebab aku hensem kan. aww!

Anonymous said...

hahahahhahahaaaa... tak boleh bla an ko siap kabur kan name aku!!!! bangga lak aku dapat mncapat kat blog ko!!! hahahahahahaa

princess sakura said...

ehhh!!!asal ko smbungkn link ngan blog ak???ak xbrsalah laa..huhuhuhu..

kura said...

erk. anonymous. tak la femes sgt kan sebab aku dah blur2 kan nama kau. mana boleh kau femes free2 je dlm blog aku. ehh hahaha

kura said...

princes.. yela, aku delete balik link kau. heh aku nk bg kau femes sikit pom tak boleh. lalalaaa :3

Amirrah Zawani said...

hahaha!!!
nasib malang berganda..
nasib baik kawan dtg bayar.. kalo tak kena cuci pinggan la =p

kura said...

haha... kalau kak planetmirra nak tlg bayarkan pun bolehhhhhhhhh what?.. kata banyak duit? Eh?? :3 hahaha

Finaz Jaafar said...

ni saje je nih..takkan la kau sorang je yg buat salahkan..tu mmg saje nk pick kau tu..mcm ms sku kat poli dulu..agak2 naseb baik lepas la, agak2 kureng tu??haaaa terima la..

p/s : eh aku beriya add fesbuk kau nape tak approve??**gaya mok guard

a-n-n-a-b-e-l-l-a said...

haha..ko ni mcm sengal ehhh

R said...

Sungguh Sadis... kih3 =D

wawaroxx said...

alah, kalau dia halau, kita halau je dia balik. keke

nisa surihani said...

haha. steady je x bwk duet. hee

eza said...

entry kau yg nie paling menarik. bhahahahaha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...