2011-04-02

Jackass yang gila

"ye ye, abang maii bang. Akak akak mai datang sini tengok sat. ada barang baik punya. maiii maiii, tengok-tengok ja. bukan suruh beli punn"

Ada macam adik promoter tak aku ni? haha.. Maaf memang tak ada bakat pun kan. Lagi satu, memang aku tak ada keinginan pun jadi promoter ni *chewah* (tiru comel macam Amirrah Zawani)

Okey, first time aku tulis entry preview movie untuk blog sikurakurapurapura ini. Movie apa yang nak di promote ni? Jeng Jengg Jengg! Mempersembahkan :


JACKASS!

Erk? Movie ni bukan dah lama keluar ke zubir? Aduh. kau ni memang ketinggalan zaman la. noob!

Alamak, memang la dah lama keluar abang akak semua, tapi apa salahnya nak imbas kembali kan?

Jackass ni sebenarnya bukan movie, tapi macam al-kisah si mangkuk-mangkuk yang bodoh buat perangai bodoh. haha. Series, cerita ni paling gila la aku pernah tonton. Memang aku gelak sampai berair mata. Otak bebudak Jackass ni sangat bodoh lagi gila, tapi mereka smart. Saya ulang, SMART. Nak tahu apa yang smart? Download la sendiri cerita ini ok. (maaf tiada link download disediakan, aku pun ambil cerita ni dari kawan)

Bebudak Jackass ni terdiri daripada :

  • Johnny Knoxville
  • Bam Margera
  • Ryan Dunn
  • Steve-o
  • Jason Acuna (wee man)
  • Chris Pontius
  • Preston Lacy
  • Dave England
  • Ehren Mcghehey

ni steve-o, tits dia kena geget dek boaya! haha..


Steve-o paling style dalam movie ni. Aku jatuh cinta jab dengan dia. Eh! haha.. Ada 3 ketegori kebodohan bebudak Jackass ni :

1. Cari pasal dengan orang awam. (macam Chris Pontius yang menari half bogel depan polis Jepun)
2. Cari Pasal sesama mereka sendiri. (macam, si wee man yg sepak kemaluan steve-o)
3. Buat kerja bodoh untuk diri sendiri. (macam buang air besar dalam mangkuk toilet barbie doll)


Jackass ni ada banyak episod. Aku pun tak tahu sangat, tapi yang aku dah tonton Jackass the Movie dan Jackass Number 2 sahaja.

Lastly, sebelum aku terlupa nak bagi tahu. Jackass ini cerita dia sesuai untuk orang yang berfikiran terbuka je. Atau erti kata lain, 18SX minded! Kalau ikutkan, tak adalah lucah sangat cerita ni. Sebab bebudak Jackass ni semua lelaki. Tapi itu lah, bebudak Jackass ni daring je. Yela, mereka nak buat kelainan, so mereka perlu la korbankan malu (kemaluan) mereka sendiri kan. hahaha. kalau korang dah tengok cerita ni, korang faham la apa maksud kemaluan tu.

Err. ada lagi! Tak habis lagi ni.. Kalau agak-agak tak boleh terima apa yang bebudak Jackass ni buat, tolonglah tutup terus movie ni okey. delete! empty recycle bin sekali! Jangan tonton dah dan jangan  sesekali salahkan aku promote cerita ini. Erk? Aku promote ke? TAK TAK, AKU BERITAHU JE. Then tonton cerita ini sesama kawan yang sama gander adalah sangat digalak kan! haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-03-31

Buffalo, Water & April.

Semua orang post status di facebook - "hello April, please be nice"
Nice je? nak tambah sikit - "helloo April, please be nice. if not, i'll kill myself"
haha...

Dulu aku ingat lagi, masa form 1. Masa ni, aku boleh dikatakan agak bodoh lagi tolol kot. Belajar itu tak pandai, buat ini tak betul. Eh kiranya, semuanya kurang betul la. Pergi sekolah, skema gila. Rambut sikat tepi ber'gel'kan tancho. haha. Lawak sangat kalau difikir-fikirkan balik sehingga aku pun malas nak mengaku yang itu adalah aku masa zaman pra-remaja kan.

Benda paling aku tak suka masa zaman sekolah dulu, BAHASA INGGERIS. Al-maklumla, aku orang kampung je pun. hehehh. Masuk je sekolah menengah rendah, tetibe culture shock sekejab. Subjek sains, semua dah di bahasa inggeris kan. Alamakk, mampus.

Korang nak taw? Buffalo tu pun aku tak taw benda apa. Sampai satu hari ni, baru aku tahu apa itu buffalo. Masa ni dalam kelas, kelas science. Topik hari tu : water. Blablabla, tetiba cikgu menunding jari ke arah aku! Adoi. apa pulak ni dia nak tnye.

cikgu : zubir, can u give me a point the usage of water in our daliy life?

zubir : errrr. (padahal tak faham pape pun yang dia cakap!)

Gelabah? Tak tentu arah aku dibuatnya. Aku pun tak taw nak buat apa, ngendeng la kawan sebelah.

zubir : weh! weh! tolong aku! apa dol dia cakap? apa jawapanya?

kawan zubir : (nada bisik-bisik) buffalo buffalo!

AKU DENGAN YAKIN LAGI HEBATNYA!

zubir : BUFFALO TEACHER !

Semua orang senyap. pastu, hahahahahhahahahahahahahahahhahahahahahaha!
(tanpa henti diorang dok gelak kat aku)

Kuang hajo kau weh. kau tipu aku kan. kau saje nak kenakan aku kan. malu kot!

kawan zubir : hahahahaha. rileks la weh. kihkihkihhh

arghh! aku rasa nak penyepak je dia masa tu.

Okey, sekarang baru la aku tahu apa maksud buffalo tu. Ia adalah binatang yang berkaki empat. warna gelap, selalu di buat korban masa hari raya aiduladha.

Motif posting ni? Inilah kejadian di bulan april masa zaman sekolah aku :)
sangat merindui zaman persekolah menengah rendah aku itu.





(jgn nak rindu sgt la, masa kat sekolah. hari hari cakap 'bila la nak habis sekolah ni')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-03-30

Porno? No Porn.

dengar cakap opah ni
katakan tidak pada porn! ewyu.

Korang boleh percaya ke aku lelaki (dan kau lelaki) tapi sanggup katakan "no porn" ?
ewyu lagi sekali untuk aku dan kau. haha...

Tapi, memang tak suka la ini porn. Banyak sebab, antaranya tak suka, tak gemar, tak berminat dan tak terpengaruh. Lagipun, benda-benda porno ni boleh menutup pintu hati korang okey. heh Islamic jab.

Sebab apa korang, tak boleh simpan benda-benda porn ni? Sebab, benda ni memalukan serta akan mengubah perspektif seseorang itu kepada diri kita. Kalau kantoi dengan kawan-kawan okey lagi kan. Kalau dengan kakak, abang dan lagi best mak bapak korang? Erk. mesti korang rasa nak mati then hidup semula. Zubir kata jangan simpan porn, terutama dalam handphone korang yang canggih tu.

Bayangkan ;

1. Tiba-tiba mak bapak korang nak pinjam handphone korang. Lepas tu tekan punye tekan terkeluar source porn. Macam mana tu? Nak buat muka cuak ke muka selamba? Ke muka 'nothing happen'. 
2. Handphone korang di 'check' oleh girlfriend/boyfriend atau kawan-kawan. Pop! terkeluar source porn. Alamak jatuh hensem/cantik korang.

Kalau korang yang memang jenis 'Kaki Porn' tak kisah la, tapi kalau yang harap je muka baik, pendiam, lagi suci tu. Macam mana?

So, bagus ke porn ni kalau boleh menjatuhkan air muka diri sendiri? Tak payah simpan porn lah. Kalau nak cari source porn pun, tak payah lah. Kalau korang cari kat internet pun, bijak mana korang hide perangai korang pun satu hari mesti kantoi punye. Contoh, korang tengah "layan", sekali laptop/pc korang terpadam dek virus or etc. Hantar kedai, kedai cakap 'laptop/pc u banyak virus porn la'. OMG, tak ke malu juga?

Tapi, sekarang ni aku rasa porn bukan sesuatu yang ganjil kot. Porn everywhere, sampai kan Harian Metro pun ada siarkan berita tentang bebudak yang melakukan maksiat@sumbang mahram disebabkan pengaruh porn lagi. Apa nak jadi lah ini dunia kan. Ada lagi bagus pula, ada source porn, sebab alasan general knowledge dalam kehidupan. ewyu.

hey kawan, senang je nak halang diri kita dari terjebak dengan source porno ni. Apa kata, jadikan gambar mak ayah korang sebagai wallpaper di handphone mahupun laptop. (macam aku tengah buat sekarang. haha) Tak pun, Islamic kan la diri kita 'sikit'. Yes aku mengaku aku pun tak berapa nak islamic, but then ini semua untuk kebaikan diri sendiri. Apa kebaikan dia? pandai-pandai la meng google. PEACE!


tak taw la sejak akhir-akhir ni, aku malas gila nak melukis. ass-ment membataskan aku segalanya okey! nak bagi tahu itu je. heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-03-27

Bangla, manusia juga.



Konduktor Bus : HAHAHA. bodoh punya bangla..


Pemandu Bus   : tak paham bahasa melayu, datang melaysia buat apa.. HAHAHA


Konduktor Bus : HAHAHA. orang suruh naik, dia turun. orang suruh turun, dia naik. apa punya 
                          bangla la korang ni. bodoh. 

Pemandu Bus & Konduktor Bus terus memperbodohkan bangla-bangla tu yang masuk ulang-alik dari bus mereka.


Hoi! lahabau korang? haha.. kan aku dah mencarut dalam dalam dah.. Pelik la dengan orang kita ni, tak pernah fikir perasaan orang lain ke? Memang la dia (si bangla) tu tak faham apa yang kita cakap kan. Tapi dari segi body language, kita yang pandang dari jauh pun boleh faham apa yang Konduktor & Pemandu tu dimaksudkan.

Macam ni ke orang kita layan tetamu? bulsit okey. Memang la dia si bangla tu pendatang. Memang la dia si bangla & the others tu banyak buat masalah di negara kita ni. Tapi masalahnya, tak semua foreinger macam tu. Macam si bangla yang aku maksudkan kat atas ni, kasihan tengok muka mereka apabila diperbodohkan. Kalau korang diperbodohkan, agak-agak apa perasaan korang?

Tapi yang paling sedih, Konduktor bus tu dah berpangkat "mak cik" okey. Mana pergi nya sifat kematangan beliau? Sudah lama hidup, tapi tak boleh jaga perasaan orang.

Aaaaa. Aku tak sokong mana-mana pihak pun. Mak cik konduktor tu dah memang nampak sgt kesalahnya, kurang ajar! Si bangla tu pula, juga bersalah sebab basic malay pun tak faham.

Korang semua, aku ada satu persoalan. MANA PERGINYA RUKUN NEGARA KITA YANG KE-5 TU?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2011-03-23

Cerita lama.

Hari ni bebudak yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas ambil result.
Bangga sangat kepada sesiapa yang dapat straight A's.
Lagi bangga untuk ibu bapa kepada anak cemerlang itu.

Dulu, masa dua tahun lepas, aku pernah lalui semua ni..
Perit gila kot nak terima kenyataan yang aku ni tak berjaya banggakan ibu bapa aku.
Penat ibu bapa aku datang dari kampung ke sekolah, semata-mata nak ambil results untuk aku.
Masa tu aku pun ada di sekolah dengan kawan-kawan aku.
Tapi, di sebabkan takut dengan diri sendiri, aku biarkan je ibu bapa aku yg ambil kan.
Di dalam dewan tu, macam-macam reaksi ada.
Gelak ketawa, menangis, muka menyesal dan ada juga muka yang macam tak ada apa-apa yg berlaku.

Aku hanya mampu melihat dan memuji.

Malam tu, aku pulang ke rumah.
Masuk je rumah, mak abah aku tak cakap apa-apa pun.
Aku dah macam boleh agak yang result aku teruk.
Okey tak apa, aku pun tak cakap apa-apa jugak lah.

Lepas tu, aku perasan ada satu file atas meja.
Ya, mesti itu result aku. Nak tak nak, aku kena tengok jugak.
Aku ambil dan buka. Kira A sahaja.
Ya Allah.

To my mom and dad,
org tahu org teruk, tak boleh nak banggakan mak abah.
walaupun sekarang org dah masuk universiti, tp org tahu. org masih teruk.
bukan tak bersyukur dengan nikmat yang diberi, jauh sekali!
tapi InsyaAllah, satu hari yang mulia nanti.
org, mak dan abah akan sama-sama  menangis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...