Kali ni punya entry panjang, serius.. Jgn la sekerul+refresh byk byk lg ye. Eh! hahaha.
Percaya ataupun tidak, aku akhirnya mempunyai pengalaman bekerja pada usia 20 tahun. Kebabomm! Tahniah berr! Mak banggaaaaaaaaaaaaaa.
Percaya ataupun tidak, aku bekerja selama 4 HARI je dalam masa cuti 4 BULAN ni. Kebabomm! Tahniah berrr! Tapi kali ni mak tak bangga. Haha..
Tp okey la, sekurang-kurangnya aku bekerja. Dari melopong lobang dong je kat rumah ni kan. Pastu kembang kempis kembang kempis je hidung ni nak minta duit belanja kat mak. Nasib baik anak bongsu. Eh! Jeles akak akak. Hahaha..
Kerja apa je 4hari dpt Rm1k? Yang pasti ini bukan MLM ataupun kerja pada waktu MALAM. Eh? Jangan nak gaying bebeno dalam alam maya ni zuberrrr. Haha.. Kerja yg dimaksudkan adalah ;
“Assalamualikum… Assalamualaikum..” (tebalkan muka)
“Pakcik, Kami dari syarikat BLABLA mahu buat survey seketika boleh?” (maniskan mulut)
“Boleh ye pakcik? Kejab je. Apa-apa pun thanks pakcik kerana sudi beri kerjasama” (kembangkan hidung) HAHA
Ok? Faham tak apa kerja aku? Sebagai seorg interviewer. Gittewww!
Kalau ikutkan, aku tak suka pun buat kerja melibatkan ‘face to face communication’ ni sebab lain org lain ragam kan. Kalau korang tgk promoter-promoter tu pun dah cukup la. Kadang-kadang ada yg kena maki balik dengan customer kan? Entah-entah, korang pom mmg suka memaki org yg kerja mcm ni ye? Haish..
Tp, Alhamdulillah.. Masa aku buat survey dari rumah ke rumah ni, kesemua responden aku baik-baik belaka. Sekor pun tak pernah maki aku malah serta-merta ingin memberikan kerjasama. Siap pelawa masuk rumah hidangkan air lg tuh. (yeke? Phuiii! Hahaha..)
Eh tapi betul la, ada juga responden yg baik. Beri kerjasama. Syukur.. Senang aku mengisi form.
 |
| first gaji, terus keluakan RM200. Lepas tu kena pau oleh akak-akak. amboi! |
Apa-apa pun, terima kasih kepada seisi keluarga bakal bapak mertua tak jadi sebab offer aku kerja ni, selain menyediakan transport dan makan minum. Serius sayang anak majikan. Eh? Haha..
 |
| pizza hasil titik peluh, menggeletar aku nak belanja akak-akak kesygn ni weh. hahaha |
Rasa berbaloi bila gaji masuk weh. Selain tu, aku rasa sifat keramahan dlm diri aku ni pun semakin meningkat ok. Habislah tino-tino kat luar sana tu habis aku tegur nnt. Haha.. (aku kat dunia nyata, mmg pendiam orgnya. Tolong percaya!)
Psstt! Korang sanggup tak buat kerja ni? Kalau mula-mula mesti korang rasa tak nak kan. Tapi korang kena fikir, communication skill sgt penting masa kita kerja.
Cewah! Berilmiah sungguh entry kura kali ni. huahuaa