2011-04-11

Pantai Puteri 2300-0700.

"Mengantok, lengkap 24jam tak tidur. Masa tak tidur yang dipenuhi dengan kepelbagaian aktiviti!" Kata-kata sampah dari Dr. Kura.

2300 : Saya bukan gay! Sedapnya ABC dan Hantu Otak-Otak

Baru balik melencong di Pantai Puteri ni yaw. Bau pantai lagi ni! Haha.. Aaa Pantai Puteri tu nama tempat untuk sebuah pantai di Melaka. Best gila bermalam bersama rakan-rakan di tepi pantai okey. Macam-macam boleh buat! Dapat pula 7 orang kengkawan yang jenis bengong, tapi smart*. Lagi la best! Apa yang best ni dengan Pantai Puteri? Ada puteri ke? Haoh! Puteri pokok Ru banyak la sepanjang pantai tu. heheh.


Sampai je Pantai Puteri pukul 2300, kitaorang terus pegi makan di Medan Selera tepi pantai tu. Ok la, makan Yong Tau Foo. RM10.20 jugak la aku seorang, padahal ABC dengan semangkuk Yong Tau Foo je pun =,,=

Habis makan, terus lepak tepi pantai. Masa tu dah pukul 0030 dah. Jalan-jalan tepi pantai dulu cari kayu kayan, then buat unggun api. Dah macam ritual keagamaan je dah aku tengok. Haha.. Sambil-sambil tu, BBQ hotdok 7 paket. Gulp! Kenyang lagi.
0030 : Serius hotdok yg mereka bako ni rasa
carbon monoxide!

Sesudah kesemua perut buncit, yeah! masa yang di tunggu-tunggu. Bentangkan sleeping beg, dan sodomy. Eh! Huahua. Tak adalah, apa lagi kan masing-masing buka cerita pasal everything yang terlintas di fikiran la. Tapi ranking yang paling tinggi masa malam itu adalah "Kelebihan Anak Sulung, Boleh Membuli". Cis! Aku paling senyap malam tu sebab aku anak bongsu kan, tak boleh nak gebang lebih-lebih. *sedih!

Jam 0300, semua dah muka nak tidur. Alamak, kata nak overnight? Biarlah. Diorang semua tidur, kecuali aku. (dah macam mat indon bawah jambatan je aku tengok mereka, yela sleeping bag ada dua je pun. yang tidur nya 6 orang. haha) Aku nak buat apa ni pukul 3pagi? Kat tepi pantai? Nak dok ngadap mereka tidur, tak selera. So, jom berjalan-jalan sepanjang pantai. Kita tengok apa yang ada, jeng~


  • Mat Rempit
Mereka me racing sampai ke subuh. Bingit telinge den! *tak tahu la kawan kawan aku punya rabang telinga sampai nyenyak tidur kan. Haha
  • Pemancing
Aku tersembang pulak dengan seorang pemancing ni, yela aku minat memancing jugak kan. Saja la buat-buat peramah tanya dapat ikan apa, umpan apa. Then sembang punya sembang. Tak pasal-pasal aku kena ceramah bisnes MLM. Erk!
  • Orang Berjudi/Mabuk
Merosakkan nama pantai betul la mereka ni, yang berjudi orang-orang tua. Lokasi bawah pondok Istana Sangkut nelayan-nelayan kat situ. Yang mabuk pula orang-orang muda. Open gila diorang drunk.
  • Orang Beromen
Normal kot! Adalah jumpa pasangan-pasangan yang dok bercanda, sampai ke subuh pula tu. Paling         menakjubkan, ada yang bertudung. Bagus gila kan dok pagi pagi buta tepi pantai berduan. Erk, aku tak skodeng mereka ye. Aku pandang dari jauh je. Betul!
  • Nelayan
Susahnya nelayan, aku terserempak dengan seorang nelayan tua ni tangkap anak udang tepi pantai. Bayangkan, demi mencari rezeki sanggup turun laut pagi-pagi buta yang sejuknya sampai ke tulang. Kita sekarang? Nak stayup study lewat pagi sikit di bilik pun susah. *termasuk aku.
  • Orang Camping

0700 : Ridwan Bahrim. Ada gaya kan?  

Aku jalan punya jalan, Sampai la ke pagi hari. Non-stop! Tapi masa pukul 530 tu, kawan-kawan aku dah bangun dah. Padan muka ular kacau mereka tidur! hehe. Aku tak tahu sangat cerita pasal ular tu. Blablablaa, kami sambung BBQ hotdok untuk sarapan pagi. Lepas tu, kami jalan dan jalan dan jalan ke penghujung kiri pantai (tadi masa mula-mula tu, aku jalan ke arah kanan pantai) sampailah ke pagi. Best! Pukul 0900, siap-siap pulang ke hostel.
ALAMAK ASSIGNMENT MENANTI ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
4 Comments

4 kata-kata dari anda:

Miss AZ said...

hahaha!! padan muka buat peramah sgt.. last2 kena ceramah MLM sebijik.. =p

kura said...

selalunya tak peramah sgt kan planetmira. tp tetibe mlm tu nk jadi peramah kan. peramah punye peramah terus termakan peramah! adohh haha

diezafayyadha said...

cm pondan da aq tgk ko pakai snowcap tu haa haha

balecan said...

nsib baek tak tsunami kan...org dok beromen dok drunk kat sutu..kalau tak member hg kemana ala p man ntah la..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...