"Jangan lah mudah terpedaya dengan tajuk, nescaya tajuk itu hanyalah sebagai catalyst untuk mendapatkan trafic semata-mata" - sikurakurapurapurahensemgilaperasannakmampushahaha
Siapa setuju dengan statement aku kat atas ni? Okey. kalau setuju ke tak setuju ke tak payah buat apa-apa pun.. Sebab apa? Sebab......... Sebab kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengikut acuan budaya sendiri, bukan barat. Ah tetiba pulak aku. haha
Assalamualaikum kamu semua..
Hari ini kura rasa kura nk berkongsi cerita 'zaman matikulasi' gua masa di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dolu dolu. *kejab kura kejab gua. fail. haha
Sebenarnya
link yg aku bagi tu adalah entry awal-awal blog aku ni dulu.. Panjang ya amat kan.. Bila pikir balik, aku pun rasa malas nk baca. haha. Eh tapi korang kena baca! Tak baca pun,
just klik sini.. yee
sini lagii...
klik sini ye... haha gila lagi.
Tapi itu adalah entry mengenai senario di dalam matrikulasi ye. yang kat luar matrikulasi punya behavior, haa malas la nk taip. haha.. Jom jela usha-usha gambar aku hangout di Genting Highland masa zaman matrikulasi dulu..
|
Mesin ni paling gua rasa nk mencarut.. Sakit buntut masa time free fall tu. SENAK tahuuu tak SENAK.. Eh? hahaha *GIF |
|
Pelajar -pelajar bajet ekonomi ke Genting Highland kan, makan malam MAKAN MAGGI je.. Bebudak perempuan masak kan, peh... kelat...... tak sedap.............. *masa ni baru nk demand. masa kat sana gua telan je. hahaha |
|
Semua muka excited, KMNS/F3P5/09-10. Rindu gila pengalaman ini ckp lu.. Gua rindu syaerah, mira, sheda, anis, fye.. Eh kenapa pompoan je ni. har har har |
|
Inilah dia tee kontroversi - DONT TRUST GIRL.. Alalaa baju je pun, classmate perempuan gua panas-panas pulak kan masa ni. . Lepas tu boleh tanya pula - habis tu kau tak percaya mak kau la ke zuber?
aku jawab - semua perempuan aku percaya kecuali kau. FULLSTOP. HAHAHA |
|
Aktiviti menjahanamkan katil apartment. Habis semua katil tunggang langgang, mengalahkan katil honeymon bella & edward dlm cerita twilight breaking dawn part 1 ni. Eh? |
|
Macam biasalah, aku lah yang paling over kan. haha *nampak sepender tu. terliur tak? hahaha |
Lastly - tetiba gua rindu zaman matrikulasi, yang mana zaman aku mulai mengerti apa itu erti kehidupan dan kejayaan mahupun kegagalan. //mood sayu.
Cikgu aku pun pernah berkata dlm kelas "walaupun kamu semua tak berjaya hari ini, tak bererti kamu tak boleh berjaya di lain hari. kegagalan kamu hari ini hanyalah kejayaan kamu yg tertunggak"
*sebenarnya aku tgh down dgn carrymark sem ni. haha... eh. boleh gelak lagi.
Okeylah, sbb blog report-report gua pulak yg tertunggaknya. bai bai
psst//tolong jgn igt aku ni gatal dok review-review blog perempuan je ye masa entry sebelum ni. sabar! blog jantan-jantan perkasa pun akan aku review lerr. sentap ni sentapp.... kepala masuk dlm cengkerang.