2011-02-25

Hati je kawan, dalam lawan.


          Entry ringkas lagi padat dari kurakura hari ini! yeahh, aku tgh semangat gila nak mampos ni untuk terangkan apa maksud tersurat lagi tersirat akan "Hati je kawan, dalam lawan" tu. Maksud bukan dari mana-mana kamus yg di iktiraf oleh DBP, tapi dari segi perspektif sikurakurapurapura sdn bhd sendiri. haha...

          Sebenarnya seronok berkawan ni. Malah aku boleh katakan, friend is everything. Kalau mak ayah nak tahu perangai sebenar anak dia pun, mesti tanya rakan-rakan anak dia kan? (komfom, depan mak ayah malaikat nur kan) haha.. Kalau gf/bf nak tahu perangai kekasih dia pun ,mesti dia tanya rakan-rakan kekasih dia dulu kan? (Elehh padahal saje nak jadi stalker kekasih, yela risau curang kan) haha lagi..

Tapi.. Inilah apa yang orang cakap adat dunia kot. tak semua perkara perfect. Kawan kita yg kita percayai, kasihi dan macam-macam hi lagi tu pun ada kekurangan ada kelemahan. Then, entry ni wujud untuk mengurangkan kekurangan dan kelemahan tu. wahh macam good-good je aku ni kan. haha.. Okey, jom jela selami situasi-situasi ni dan telan la banyak-banyak perasaan kawan baik kita tu. erkkk.

Situasi 1 (nak pergi ke kelas)

  • A dan B kawan baik. A ada kereta. 
  • B meminta pertolongan A supaya menumpangkan dia.
  • Masuk je kereta, "gedegangggggg' bunyi pintu kereta A dibuat oleh B masa menutup pintu.
  • A senyum. dalam hati rasa nak tumbuk je.

Situasi 2 (baru beli handphone)

  • C dan D kawan baik. C baru beli handphone touchscreen.
  • D nak tengok-tengok handphone tu, yela kata mahal.
  • dapat kat tgn D, 'pekkkkk! pekk!' bunyi dia tekan screen tu.
  • C buat muka cool. dalam hati rasa nak sepak je.

Situasi 3 (di asrama sekolah)

  • E dan F kawan baik. E nak pergi riadah.
  • tapi E tak ada seluar sukan, F baik hati bagi pinjam sementara.
  • dah habis riadah, E campak/gantung seluar di ampaian.
  • monday, tuesday, dan seterusnya WTF... seluar masih tercampak/tergantung dan tak di basuh.
  • act E buat tataw je, dalam hati F? ada yg kena sula ni.

Situasi 4 (di asrama sekolah)

  • G dan H kawan baik.
  • G lupa nak beli sabun basuh kain, then minta sikit kat H.
  • minta sikit? sikit la sangat. heh.. 
  • dalam hati H? ada kapak.

Situasi 5 (masa quiz/test/exam)

  • I dan J kawan baik. 
  • I study gila gempak, J rilek je.
  • sebelum masuk buat quiz/test/exam lg 5minit.
  • J pesan kat I, 'hulur-hulur la sikit' :)
  • bukan kata hulur, sekali dengan kertas-kertas I J ambil.
  • erkk.. J senyum iklas je..

Situasi 6 (tugasan)

  • K dan L kawan baik.
  • mereka diberi tugasan individual oleh pengajar.
  • K buat tenang, L gelabah ya amat siapkan secepat mungkin.
  • sampai hari submit, 'L, nak pinjam laptop boleh?'
  • lepas final exam, result keluar.
  • markah tugasan kedua-dua K dan L kosong.
  • L buat muka tak bersalah, K buat muka redha.
  • dalam hati K? ada senapang gajah tak.

Situasi 8 (dah malas nak tulis dan aku pun tahu korang tak suka baca entry yang panjang-panjang)

  • Z kata malas nak tulis. haha

tolong click. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
10 Comments

10 kata-kata dari anda:

sEpAtu&aKu said...

cm ko la kan...layan ak baek,dlm hati rse nk sepak...wakakakakaka

kurakura said...

taw xpe! hahahaha

dani said...

kura-kura ni dalam kategori mana? :O

kurakura said...

Erkkk.. kurakura SE. xtercalon pun dalam mana-mana ketegori di atas. haha

SobriMansor said...

Aku suka kat situasi 4...hehehe...teringat aku masa dok asrama dulu. Bila basuh kain, kengkawan suka pow sabun basuh.....

kurakura said...

hehe. taw xpe en sobri, semua tu kenangan :)

Anonymous said...

aq x kesah semua tu..yg penting,dye boleh dipercayai..kan syaitoonn?

kurakura said...

yeye... bebebebebaaaikkkkk! haha

Arya Putra said...

tapi semua situasi tuh memang boleh buat orang berbulu..heheheh..

Nur Salsabilla said...

kah kah kah! Tak boleh lah situasi-situasi diatas! Kapak kan aje kawan-kawan cam gini!

kekeke ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...