2011-02-22

Mewahnya perokok.


Tenang je rasa apabila merokok. best!
                 Best la jadi perokok ni, sebab nampak "best gila" bila perokok menghembuskan asap rokok sana sini dengan rasa cool. Lepas tu, lagi nampak "best gila nak mampos" apabila perokok menghembus asap rokok berhampiran kita dengan rasa macho. So? Jom la jadi perokok. Tak kan lah nak mati sorang-sorang je kan, bila sama-sama merokok dan hembus asap rokok sesama sendiri kan adil.. Haha.. Sinis dari aku untuk perokok, maaf maaf.. Sebenarnya entry ni utk bukan untuk perokok. Betul, betul tak tipu yang aku tipu betul tu. hahaha (bajet lawak kan)


               Mewah ke perokok ni? Sebab apa aku cakap mereka mewah? Sebab, aku jeles dengan perokok. heheh. yela, korang perokok hari-hari dapat tenangkan fikiran, tak tensen pom kan. Sebelum makan dan lepas makan, sebatang. Semangat je kan masa makan. Sebelum masuk kelas, masa kelas, dan lepas kelas, lagi sebatang (lokasi; toilet). Bertenaga je dalam kelas. haha.. Lepas tu, masa drive pom lagi sebatang. Masa tengah buat kerja, nak kena sebatang juga lagi. Amboii korang perokok, sangat seronok kan sentiasa berkomitmen?


Siap disediakan Air-Cond okey. best!
               Bukan diri sendiri je kan membantu turut korang untuk terus memewahkan diri dengan merokok. Perokok siap ada prasarana lagi tu? wow. haha... Tak pernah terpikir kan prasarana perokok-perokok ni. Pernah pergi KL Sentral tak? ataupun Pasific Mall di Pulau Pinang? Erk. Siap ada 'Smoking Room' kot untuk perokok. Rasa macam di anak tirikan je aku ni. haha.. Di setiap tong sampah kat luar sana pun, kalau korang perasan ada satu tempat berbentuk bulat di atas tong sampah tu kan? Haa itu pun untuk perokok kot.. Eh banyak lagi la. Malas nak cakap. Eshh Esshh..

            
                Dan akhir sekali untuk perokok, mesti korang rasa teruja gila kan dengan perisa-perisa yang ada pada kotak rokok tu.. Aku memang teringin je nak rasa asap yang ada perisa Vanilla, Strawberry, dan lain-lain lagi dengan nikmatnya. Bukan teringin sebab apa, yela selama ni asik dapat sedut asap dari ekzos kenderaan je. Tak ada feel kot? haha.. Tapi, ni paling aku tidak jeles la dengan perokok-perokok ni.. Nak tahu benda apa sebab apa dan kenapa? Sebab, aku tetap boleh rasa dan merasai perisa yang ada pada setiap kotak rokok Malaysia kalau korang merokok berhampiran aku. Malah aku boleh nikmati perisa ni dua kali ganda dari perokok tu sendiri. Fuhhh Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Boleh Hembus La Lagi. haha


Ini lah perisa tu. Kita yang tak merokok pun boleh rasa sekali. best!

Setiap kotak ada, best!


*Btw, sorry smokers. please do not kick me beside the smoking lounge door. im not a smoker actually and that why i like to wrote this entry nicely. well, who know tomorrow i also interested to join u all to be a macho man? so,  just laugh for all this fucking nonsense posting. haha  PEACE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
4 Comments

4 kata-kata dari anda:

cEngkarOng Bundle said...

0oo..aku suke post ni!!!! xD

kurakura said...

erkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!

black cat said...

crita ko ni klu wt iklan taknak rokok laku nih..

kura said...

haa betul. tapi nnt silap2 aku kena ben dgn perokok2 di luar sana haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...