2011-02-20

sayangnya duitku.

sayang sayang duit dulu. heheh
              Lepas balik cuti midsem, arghhhh! Faklah handphone ni. Sekejab ada line, sekejab tak ada.. Sms pun tak sampai-sampai. Kawan call pun asik tak dapat je. Makin bertambah-tambah pula sakitnya. Betry cepat kong lagi. Tensen Tensen! *call mak sebentar.

  • Kura ; "humm makkkkkkk, handphone orang dah betul-betul rosak la. orang nak handphone baru boleh hehe."
  • Mak ; "haa beli jela, handphone tu pun dah lama ada masalah kan"
  • Kura ; "Aaaaa.. tula. geram je.. mak nak duit? hehe.(anak bongsu la katakan. tolong la menyampah haha)
  • Mak ; "pakai duit kamu dulu la"
  • Kura ; "Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
        
            Haha.. bukan main panjang lagi 'Alaa' aku tu kan. Cis, masa balik cuti kat rumah dah puas mengobak kat mak nak handphone baru, tapi mak buat-buat tak layan sebab nak handphone mahal-mahal je. Demand lebih jab. Erkk kau ni memang gila gadget betul la zubir. Sekarang dah terdesak? Kena beli handphone pakai duit sendiri. Handphone paling cikai pun RM100. Aduhh gundah gulana aku di buat nya. Aku ni dah la kedekut tahi hidung manis, kalau bab makanan habiskan duit tak apa la jugak la kan. Ni beli hp? Kalau jatuh, pecah? Rosak? Lebur duit-duitku...

               Blablablaa tanpa banyak songeh, macam best je Xperia X8 ni? Harga pun okey kot, dalam RM600++ kan. Kira berbaloi la dengan aplikasi yang ada di dalam nya. Tapi.. sayangnya nak keluarkan duit sendiri? haha.. Nak beli ke ni? Nak tak? Makkkkk.. nak duit jugak! Sambil nangis-nangis.haha. tipu..

               Heh, jangan harap la mak nak bagi duit. Along dengan Akak memang dah plan awal-awal kot berkomplot dgn mak aku supaya jangan bagi duit kat aku beli handphone baru. Sebab nak suruh aku jadi penyayang dan menghargai dengan harta benda yang dibeli dengan duit aku sendiri la tu. Macam begitu sekali kan aku kena motivasi? Anak bongsu ni... haha..

Akhirnya, duit bertukar Xperia X8 :)
               Beberapa hari lepas tu, jeng jengg jengg! keluarkan Xperia X8. Fuhhhhhhhh satu Melaka bau kedai okey. haha.. Rasa excited gila kot dapat handhone baru, bukan sebab excited apa pun. Sebab ini handphone pertama yang dibeli menggunakan duit sendiri. First handphone, Abang bagi. Second handpnone/, Mak belikan. (Masa sekolah mak layan manja aku lg kan, skrg. sobss) Third, Along bagi.. Fourth, masa cuti pakai handphone mak je sebab handphone yang along bagi tu betry cepat habis.

          And lasty, cerita sedih jab. Ini la sebab kenapa aku mengagahkan diri juga mengeluarkan duit membeli handphone baru. Sebab mulai dari sekarang nak motived diri supaya jadi penyayang dengan harta benda sendiri. Sebelum cuti midsem mmg macam dah perasan dah yang something barang kepunyaan aku lost. Tapi buat-buat tak ambil kisah sangat sebab aku ni selalu dan sangat lalai. Letak barang merata-rata. Bagi kawan pinjam barang aku, tapi dengan aku sendiri nya tak ingat yg aku ada pinjamkan kwn barang aku kan. Ingatkan lepas balik cuti, terjumpa la balik kan barang tu. Tapi, dukacita je. Arghh. aku sgt sayang Sony Walkman Mp3 2G aku tu. Hadiah dari mak aku masa kat matrik. Masa kat matrik, malam-malam study dgr mp3, teringat kat mak sbb mp3. Skrg? :(

maaf mak. tak sengaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
8 Comments

8 kata-kata dari anda:

miranawi said...

ceh, henpom bruuuuu

kurakura said...

hehehehehehe.. ye princess, baru je dapat rasa hp baru haha

miranawi said...

sengal lah ko

dani said...

wahh. xperia. i loikeee. but saya bukan anak manja nak dapat phone senang2 kan. gaji pun tarak. haha. tapi xpe bro banyak duit boleh blanje kannn :D
hee

sEpAtu&aKu said...

kura2, ko anak last ke??? ANOK MOK!!!! kah3...da dpt point da..ngeeee

kura said...

erk. lalalaaa :3

faten osman said...

alalala~~ anak bongsyuuu.. haha

mmz said...

pheeeeeeeeeeeeewww....jeles!! ok,bai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...