2011-02-10

Dalam dunia sendiri.

                        Sudah lama tidak update blog ini kan, memang sah kurakura ni “hangat-hangat tahi tett" haha.. sebenarnya, bukan tak nak update tapi tak ada masa walaupun banyak idea. Wahh macam aku ni perdana menteri je. Tapi ni pun mesti anda pelik kan sebab tetiba je aku ada posting baru? Lalala.. posting kali ni memang aku betul betul sentap dengan dunia. SubbahanAllah, aku bukan tak bersyukur tapi macam fedap dengan perangai manusia di dunia ni. Ada yang baik bab ni, tapi jahat pulak bab tu dan sebaliknya. Aku memang hampa dengan diri sendiri, dan betul aku sedih sekarang ni. Aku tak mampu ketawa. Argghhhhh mengjengkelkan lah kau kurakura! Heheh. Emo jab.

siapalah aku, insan kecil di dunia yg herdik ini :)
                
                    Hai kawan, hai lawan… "biarlah aku hidup dalam duniaku sendiri". Tolong jangan buat aku sedih dengan sikap diri kau sendiri. Tuhan berikan kau akal, untuk kau fikir yang mana betul, yang mana salah, yang mana perlu dan yang mana tidak. Aku rasa tidak perlu untuk kau bermegah di dunia yang seketika ini, lagipun dunia ni bukan kau seorang je yang punya. Tuhan mencipta semua umatnya sebagai seorang khalifah, untuk memakmurkan dunia ini sama sama. Bukan mendabik dada seorang diri J

perlu ke macam ini? harap korang faham :)
                  
                      Hai kawan, hai lawan.. "Biarlah aku hidup sendirian". Tolong jangan tindas aku, kacau aku dan memperolokkan aku. Ya aku tahu aku manusia lemah, tidak berdaya untuk mengeluh apatah lagi untuk melawan. Aku ikut perintahmu untuk kebaikan, dan mengharapkan balasan kebaikan. Bukan arahan. Tapi inilah dunia, lumrah. Yang tak berkemampuan hanya mampu menutup keaiban dan mendongak kebajikan.

memang ini adat dunia :)

                    Hai kawan, hai lawan.. "seronok betul kan kalau kita berada di atas". Senang lenang melihat di bawah sambil menghirup udara yang segar. Nyaman sekali! Tapi alangkah sakitnya, peritnya kalau kita berada di bawah. Tuhan maha esa, dia mampu mencipta bulan, bintang dan matahari untuk bumi. Bumi bertuah ada paksi dan dapat membuat pusingan pada orbit dengan betul. Kadang kala siang, kadang kala malam. Kadang kala sejuk, panas dan lain-lain lagi. Bayang kan pusingan sebuah roda yang berkali ganda kecil berbanding  bumi dalam kehidupan anda?  Nantikan, masa kita berada di bawah pula setelah puas menikmati di atas. sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
4 Comments

4 kata-kata dari anda:

lullabylady said...

xsangke ak ini kura2....^_^
thumbs up!! neway ak ske kartun ko.

kura said...

Eh ini memang aku la pun. hah baru kau tahu
bila aku mempunyai hati perasaan :)
haha

miranawi said...

ape motif blog ko nyah?

kura said...

Erkk. kau xfaham ke minidora?
hmm aku rasa, xda la berbungabunga sgt bahasa aku
sampai kau xfaham apa yg aku nk smapaikn dlm
entry ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...