2011-02-27

Siapa yang 'bodoh' ni?




            Bodoh? Siapa yg bodoh ni? Aku ke kau yg bodoh? ataupun mereka yg bodoh. Ohh bukan-bukan, tiada siapa yg bodoh sebenarnya. Mungkin entry ni kot yg bodoh sebab tulis pasal bodoh kan. Eh? kalau entry ni tulis pasal bodoh, aku la yg bodoh sebab aku yg tulis pasal bodoh kat entry bodoh ni? Arghh. konfius, mana boleh aku yg bodoh sebab aku nak tulis pasal 'bodoh' org lain dalam entry bodoh ni je? Haa. okey, kiranya aku tak bodoh la kan sebab aku hanya tulis tentang 'bodoh' orang lain dalam entry bodoh ni? yes.. muktamad yg aku tak bodoh. Aku ni kiranya mcm orang tengah je kot yg menulis pasal bodoh di luar sana ke dalam entry bodoh ke dalam sini. kan kan? haha. Tapi, kalau aku tulis pasal 'bodoh' orang lain, aku ni pun kira bodoh la? sebab aku boleh menterjemahkan bodoh orang lain dalam entry bodoh ni? Eh yeke? tu bukan pandai ke? Haa itu pandai bodoh kot. Pandai bodoh? Arghh! bodoh lg la kiranya aku ni? Apa ni, td kata tak bodoh. Sekarang dah bodoh balik? Bodoh la entry bodoh ni. Saje je buat aku jadi bodoh sebab bodoh orang lain. Mana boleh, aku just nak cerite je tentang bodoh orang lain dalam entry bodoh ni. Tak kan sbb tu pom aku termasuk dalam ketegori bodoh kan. Humm. sedih la kalau mcm ni. Aku tak nak bodoh sama sebab entry bodoh ni. Dah la, malas la cerita pasal bodoh. Aku ni dah la masih belajar, kalau asik cakap bodoh je memanjang, bilanya nak ckp pandai kan.Nanti tak pasal-pasal cukup 44kali aku ckp perkataan bodoh tu, dengan aku aku betul jadi bodoh-bodoh.


Okey dah baca dah? haha. cuba bilang kesemua perkataan bod** tu. Lagi 1 utk cukup 44kali dan ternyata aku, kau, dan kita sama-sama bod**. haha.. Okey mulai dari sekarang kita perlu ada anjakan paradigma untuk tukar perkataan bod** tu kepada pandai ye :)  hehe. Act, aku bengang kot dengan sorg manusia ni. Malas la nak ckp manusia ni mamat ke, apek atau macha. Nnt isu perkauman pulak kan.

          Cecite nya macam ni, tadi masa lepas habis breakfast, muka senyum je. Masuk rumah pun, muka manis je lg. Then masuk bilik, aku terus la ke tingkap. nak buka tingkap kan. Tak ada pengudaraan untuk belajar. Baru je separuh buka tingkap. Tetiba ;

Manusia : HOIII PANDAI! TUTUP TINGKAP LA! TAK NAMPAK ORANG NAK CAT NI KE!

Aku        : (tersentak sambil muka serta merta jadi taik. aku diam je dan terus tutup balik tingkap)

Manusia : EEE PANDAI LA BUDAK HOSTEL NI. TAK FAHAM BAHASA KE. DAH TAHU
                ORANG NAK CAT, TUTUP LA TINGKAP SEMUA. ASIK NAK MENYUSAHKAN
                ORANG JE.PANDAI BETUL. TAK FAHAM BAHASA. PANDAI. GILA. TAK ADA
                OTAK! blabla..

          Manusia tu terus je membebel. Aku dengar je dari bilik aku ni. Macam-macam yg dia carutkan kat aku dan perkataan pandai tu paling banyak. Hangin satu badan aku dibuatnya. Macam salah nya aku cabul maruah dia je. eshh ni yg rasa nk balas dendam balik ni. haha. cool kurakura cool.

          Dia marah bukan sebab apa, sebab nnt dia susah nak ubahkan hujung kren dia tu masa nak cat para tingkap kat bilik aku ni nnt. bilik aku tingkat 2, dan masa dia jerit tu, hujung kren dia ada di tingkat 3. Macam tak boleh tegur baik-baik je kan. Sedih la aku kalau ramai manusia mcm ni. (monolog jab) Dah la kurakura, mungkin salah kau juga kan tak alert apa yg terjadi kat luar tingkap sana. sampai tak perasaan ada org tgh mengecat. kau kata kau ada adab kan, so redha jela dengan perangai manusia yg macam ni.. end.

Ini la manusia tu. (bulatan bawah sekali ) kan dah kena blacklist haha

Ni mat indon tu, masa ni dia tgh cat tingkap bilik aku. Dia cool je, siap sing a song lg tuh. Tak ada maki maki pun. Lagi beradab drpd org Malaysia. *sorry to say.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
10 Comments

10 kata-kata dari anda:

Nur Syafiqah said...
This comment has been removed by the author.
Nur Syafiqah said...

bodoh bodoh. pang kang.

kurakura said...

haha. maksud kau apa sapik? erk.

Anonymous said...

0oo.. ko tgkat 2 uper2 nyer.. leh la aku mengjengok ko nati dari (...) hahahahaa...

Nur Syafiqah said...

maksud aku, main sedap mulut dia je ckp org bodoh.

kurakura said...

anonymous! tolong kenalkn diri dulu -,,- aku taw siapa kau! haha..

kurakura said...

ohh bergituh sapik. paham paham :3

fareha kamal said...

kuraaaa . ni hostel utem kan kan kan? studi utem eh? :)

kura said...

haoh. ni la emerald park! gaponye? belajar utem juga ke?

fareha kamal said...

takla . adik kat situ . mechanical eng . dia kat situ gak . haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...