2012-08-07

Pada suatu pagi, hujan tersangat lebat dan..



dan..
slruppppp! tu dia air dah bertakung dalam laptop.
siapa suruh tak tutup tingkap.

dan...
Hardisk rosak.

dan.....
nafsu online, blogging semua hancus.

Sorry kawan-kawan lama tak menjenguk.
sihat ke, puasa ke, ke dah ada pakwe/makwe baru ke.

haa. apa-apa hal,
Selamat Berpuasa :)

#sedang cari mood blogging, tunggu lah kemunculan zaman kegemilangan kura kura hensem ni semula. haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2012-06-27

Kesepian lagi dGunung Besar Hantu


Kalau dulu, gua kesepian masa di trip dGunung Chabang. Sekarang untuk trip Gunung Besar Hantu pun, masih kesepian. sobsss.. Gua kesepian sebab gua mmg fail bab-bab komunikasi ni. Lagi lagi dgn orang yg baru kenal.... // Haishh! kena cari awek maskom ni. baru saling memenuhi. Eh? heheee

Tapi best apa hiking sorang sorang dlm hutan ni. Sebab masa ni kau akan terasa kau betul betul keseorangan dan boleh motivate diri sendiri. Sekali gus, kau akan perbaiki diri sendiri dgn keindahan hutan. Ini kalau nk tunggu sorang-sorang then baru nk motivate diri dekat mana pun kan. tak kan dlm toilet? kotoqqqqq. haha..


Lata Kijang, air terjun yg super duper tinggi gile meroyan. haaa.

5 orang daripada 13 orang. Semua pewai malas nak ke puncak. haha.. Ok kali ni gua tak kesepian sbb kat puncak wajib ada gambar. heheee

Sekejab.. Perasaan tak gua pakai legging warna hitam masa ni? Err. Legging purple gua tertinggal pulak kat rumah masa balik kampung hari tu. Tak rasa meriah ok tanpa lengging purple tu. Kawan aku pun banyak tanya mana legging purple tu. haish! nampak tak aku femous dgn legging tu. hahaha

Sebenarnya, ini trip kedua Gunung Besar Hantu dlm hidup gua. Masa gua mula-mula terjebak dgn aktiviti outdoor ni, ini lah first gunung gua. Then kenapa repeat gunung ni? Haa, sebab view dia mamang ohsemmm. Boleh nampak Genting dan Kuala Lumpur. pheww!

Ok lupakan pasal gunung seketika.. Sekarang ni gua sedang mencari partner utk projek backpaking di Bali, Indonesia. Tahun depan. Siapa sini orang outdoor? jom la join saya. tak ada la sy kesepian lagi. // amboi. getik rasanya berr.


Eh, tapi ini series.. aku mahukan rakan yg betul betul boleh backpaking & independent :)
Siapa betul betul berminat atau kawan punya kawan kawan berminat, boleh rojer iyee.


ok. byee kalian.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2012-06-21

Berr kata, "am i taken by her?"


hooyeh! gabba gabba everybaddiesss! // di olah dari iron girl.


Masa entry sebelum ni, ramai mengucapkan tanhiah kpd kakak aku yg baru melangsungkan perkahwinan tu. So, aku wakil tak rasmi daripada kakak aku ingin kata // Terimakasih follower kurakura semua!  xoxoooooooooo. ops.
Then, tak lupa juga yg mengomen // "kau bila lagi ber nak kawen?"
Err. gua memang nak kawen dah pun ni. tak percaya? 
Okey, saksikan! ---------

Scene one! ok, oneeee. twoooooo. threeeeee.. action!
..........................................................................................................................

Mak Berr : Assalamualaikum Ustazah. Apa khabar skrg? Sihat ke?

Bakal Ibu Mertua Berr :  W'slm.. Alhamdulillah.. Sihat walfiat.

Mak Berr : Ustazah buat apa ni? Akak mengganggu ke? Akak sebenarnya 
                 nak menjemput anak akak yg perempuan tu kahwin minggu 
                 depan, yang anak kedua terakhir akak ieda tu.

Bakal Ibu Mertua Berr : Eh tak ada lah kak, sy tak buat apa pun ni.. Oh, 
                                      InsyaAllah. cepatnya masa berlalu kan kak. Dah nak 
                                      kahwin rupanya anak akak tu. 


pok bek pok bek pot pet pot pet blablablaa..  // part ni merepek.
..........................................................................................................................

tiba-tiba.........

Bakal Ibu Mertua Berr : Eh.. zubir si anak bongsu akak tu skrg di mana kak? 
                                      Belajar lg ke?

Mak Berr : ohh.. zuber tu. dia masih belajar di Melaka.. Haa nnt klu nk jumpa dia, 
                 dtg la ustazah ke rumah. Eh, si *lupa nama* yang akak jaga
                 dulu masa kecik-kecik tu apa khabar skrg?

Bakal Ibu Mertua Berr : ohh. *lupa nama* sihat.. dah besar panjang, boleh jadi 
                                      anak dara dah tu kak.


pok bek pok bek pot pet pot pet blablablaa..  // part merepek kali ke-2.
..........................................................................................................................

Bakal Ibu Mertua Berr : Akak, akak teringin tak nak jodohkan si zuber tu dgn
                                      anak dara sy tu?
..........................................................................................................................

cut! scene two.. action!
..........................................................................................................................

Mak Berr : Berr oo ber. mak nak jodohkan kamu dgn anak ustazah yg mak jaga masa 
                kecik-kecik dulu. Alaaa kamu pun dulu selalu main main dengan dia kan. 
                Kamu nak tak berrrr?

Berr : .............................

*reaksi berr*
..........................................................................................................................




Humm.. bagai bulan jatuh ke riba kan kan? hahaha...
tapi, tapi kan mak.. Berr sebenarnya dah kawen kot. heheeeeeeeee.
Mak Berr // "ajeee gateiii kamuu nii berrrrrrrr".


maaf wahai skandel-skandel gua di luar sana.. gua already taken. puiiiiii! hahaha


//final exam tinggal 1 paper je lagi. semangat zuberr! jom study jommm.
//Err. siapa nak ikut? gua nak backpaking di Bali tahun depan? huehueeeee. *berangan.


byee korang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2012-06-15

Just Married! Good bye kakak.


Yo gabba2 everybadeh, //tiru macam iron girl. 

Aaaa.. Aaaaaa. Berr tak tahu nak tulis apa sebenarnya, sbb Berr lamaa sgt tak blogging dan tak berblogwalking. Mesti kamu semua dah tak ambil peduli lg pasal Berr kan? Hurmm. Sedih Berr.

Tapi, apa ada hal. Memang pesen gua macam ni. Seperti udang dlm mee goreng masakan mak gua, kejab ada kejab tak ada. Lepastu kalau nak ada kan jugak, mak gua berpesan >> "kamu jela masak sendiri sarapan kamu berr. banyak beno cengkadak nya". heh.

Hookey, nak cerita yg kakak aku sudah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya. Series gua sebak! Lepas ni no more main kentut kentut dgn kakak, no more main tarik tarik bulu hidung dgn akak. sobs. Pengotor jugak kakak aku ni. hahaa..

Tapi.. Tapii. ada keseronokan ok di sebalik ke sebak kan gua tu. Sebab apa? Sebab.. bila dia dah kawen, bermaksud dia boleh bg aku duit raya banyak banyak nnt. haha $$




Selamat Pengantin Baru kakakku!




ps// haritu guaikut trip gunung yong belar+charlie+3boundries! peh! best!
       nnt gua cite nnt gua cite ok! haha.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2012-05-25

Blogger Ohsemm #3


Eh lamanyaaa gua tak update blog kan. ouchiii! Ehehee.. < siapa tahu maksud ouchii ni apa? ha ha ha

Sebenarnya, trafic blog kura ni makin berkurangan. Tak ada siapa pun nak blogwalking di laman sesawang yg makin bersawang blog kura ni kan. Aloooooooooooo. // gediks pulaks kitews. ehiks!

So! haaaa. Macam biasalah, apabila trafic blog makin berkurangan, sesi promote-mempromote  blogger yg lain adalah jalan penyelesaian nya. Hahaha, Nampak tak disitu aku selalu main kotor. haha

Kalau sebelum ni ada Blogger Pojaan Hati #1 dan Blogger Rentetan #2 , dan sekarang muncul pula Blogger Ohsemm #3 ! 

Siapakah yg akan terpilih? ouchiii! Sila berdebar dup dap dub dab...


.......................................................................................................................................


1. TUGAU GATES @ IRON GIRL


http://smackdownz.blogspot.com/
Blog ni best gila wa ckp lu. Sebab bila lu baca, mesti hati lu rasa nak smackdownzzz je tuan punya blog ni. haha. Gaya bahasa perbandingan yg beliau gunakan adalah sgt sgt melampau sehingga kan aku sekali pun rasa nak terkorek hidung bila baca blog dia. Eheh! Ini auta. See? Aku pun dah terikut-ikut dgn gaya perbandingan yg melampau-lampau. // lakonan dari zuber -..-

.......................................................................................................................................

2. Cik Sarah Mohd Saleh 


http://penyurock.blogspot.com
Pesanan utk si jejaka-jejaka diluar sana, awas korang dengan akak Sarah ni. Ouchii! Sebab apa? Haa, Secara ringkasnya akak ni memang nak menangkan perempuan je berbanding lelaki dalam setiap entry dia. Hehhh! haha.. Keluar suara jantan aku bila setiap kali baca entry dia. Eh? Suara jantan? Ouchii lg. 

.......................................................................................................................................

3. BOXER KEDUT @ hafizudin


http://boxerkedut.blogspot.com/
Blogger ini memang paling ohsem! Blogger jadian si Fatin Liyana, tapi version yg pakai boxer kedut. haha.. Bukan main teruk dia nak parody kan. Entry dia mmg sempoi-sempoih. So apa lagi, jom la ke blog beliau. Mana tahu kot korang dapat idea pula nk jadi Maria Elena Gerek Heleng version tak pakai seluar dalam pulak ke. // ok ni mmg betul gaya bahasa perbandingan melampau sehingga boleh dosa.

.......................................................................................................................................


4. Allya Syahirah Abdul Riff 


http://mukapenyek.blogspot.com
Untuk kategori blogger yg ini, aku boleh kata kan dia dari kategori santai. Kenapa santai? Sebab rumah dia dekat dgn pangkor. Ewah! tak ada kena mengena langsung kan. haha.. Penulisan si mukapenyek ni okey la, tak serabut. Senang nk baca dan comment. // woi bila nk bersantai dgn gua kat pangkor pulak ni? hahaha.


.......................................................................................................................................

5. Lanun Ranggi


http://aujinz.blogspot.com/

Seperti yg anda tahu, sy sememangnya suka art. Ooyeah! Walaupun tgn aku tak berseni, tp aku tetap suka art. Ini fakta! heh.. dah macam isu debat ptptn pulaks uolss. Kalau sebelum ni aku pilih blogger si tangan punya kerja , kali ni aku pilih si Lanun Ranggi. Hidup Lanun! Hiduppp! // semangat politik.


.......................................................................................................................................


Okey. habis sudah sesi promote-mempromote bloger. Haish! Agak bosan kan entry ni. Mesti korang hampa? Yelaa. selalu kalau buka blog gua je, mesti korang ingat entry pasal legging purple dgn punggung kan. hahaa... amboi.

Sebenarnya, gua banyak je cerita nk habaq kat korang. 
Baru-baru ni gua naik Gunung Besar Hantu, - tak ada entry.
Baru-Baru ni gua main sukan Ragetta, menang pulak tu. - tak ada entry.
Baru-baru ni gua kena halau dgn lecturer thermodynamic. - tak ada entry.
Baru-baru ni ada awek waiter purpose gua masa makan malam - tak ada entry.
Baru-baru ni pun, masa birthday gua, ada lagi sorang awek buat video utk gua. - tak ada entry jugak.

Korang tengok? Sebenarnya banyak aku nk cerita kat korang. tapi apa kan daya.
Aku bukannya blogger tegar, yg mahukan follower ribu-ribu dan beranak tiri kan papa nuffnang atau mama heartbeart atau seangkatannya. OPS!
terasa kewwwwww? haha.... maafkan berr.


okeylah.
terima kasih kalau ada yg baca lagi. 
assalamualaikum kalian :)


bai bai :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...