Testing..1 , 2 , 3 ... Wah lama dah aku tak update blog! Bak kata mereka kena tiup la 'fuhh! fuhhhh!!', habuk-habuk kat dalam blog aku ni sebab lama tak update. *ewyu. baru lah tahu dalam alam maya pun ada habuk. haha
Study Week membataskan segala-galanya. Betul? Geram geram. Eh? Study week tak membataskan korang langsung ke? Hmm yela, carrymark korang superb kot. Aku? Bagai telur di hujung sudip, tunggu masa nak dipecahkan dan masuk dalam kuali buat telur mata buffalo. esh!
Mari-mari aku cerita sikit tentang kisah aku men study week kan diri. Jeng!
LAPTOP!
Alamak! Facebook? Tehee. |
lovely! |
Sebab inilah semangat aku. Sentimental kan? Ahah. Tapi tak selalu pun hadap muka parents aku ni sepanjang study, kadang-kadang ada la bukak lectur note, slide, spot question yang diorang post di fb dan boleh main gem untuk release tension dan jerit 'Arghhhhh!','Wargh!' dan 'fakla'. hehe.
Chewing Gum & Mineral Water.
Makan chewinggum, kalau bosan-bosan boleh main dgn tangan. haha |
Chewing gum paling mujarab untuk hilangkan bosan semasa study berbanding jajan-jajan yang lain. Betul! Kalau jajan macam keropok ke apa ke, nanti kotor kan meja, semakkan meja korang. So, chewing gum tak akan kotorkan meja korang sama sekali. Kecuali kalau korang buang chewing gum tu merata-rata. Air meneral pun penting! Untuk oksigen di kepala otak korang. Tapi beli lah Mineral Water yg kat kedai tu, jgn amik R.O water yg murah tapi useless untuk body korang.
Lain-Lain.
Panadol dan Pisau. huh? |
Walaupun nampak macam tak penting, tapi sangat penting ok. Panadol untuk saiko korang supaya jgn nak pening-pening kepala sangat. Sebab nanti kalau pening, kena makan panadol. (yela, seperti yang kita tahu panadol sebenarnya tak elok untuk kesihatan kita untuk kesan masa panjang nanti) Then yang pisau tu pula, paling memainkan peranan penting dalam bilik aku ni. Sebab kalau aku malas atau rasa giveup, aku monolog macam ni :
"Zubir! baik kau belajar! kalau tak aku tikam kau sat lagi!" (ckp je lebih.haha)
Downy, Dynamo dan Kopiah. |
Lasty, kalau dah betul-betul giveup tahap bertanduk tu. Hmm tak tahu la nak buat apa kan. So aku bagi dua pilihan je kat diri aku. Dynamo+Downy untuk bunuh diri masuk icu then rasa aman yang sementara atau ambil kopiah pergi semayang. ceyy! Alim alim pulak aku ni. Padahal kopiah berkurun lama nya dalam laci tak keluar keluar. haha..
Yes! Aku berjaya merepek untuk hilangkan tension! Jom sambung study balik.