2011-03-23

Cerita lama.

Hari ni bebudak yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas ambil result.
Bangga sangat kepada sesiapa yang dapat straight A's.
Lagi bangga untuk ibu bapa kepada anak cemerlang itu.

Dulu, masa dua tahun lepas, aku pernah lalui semua ni..
Perit gila kot nak terima kenyataan yang aku ni tak berjaya banggakan ibu bapa aku.
Penat ibu bapa aku datang dari kampung ke sekolah, semata-mata nak ambil results untuk aku.
Masa tu aku pun ada di sekolah dengan kawan-kawan aku.
Tapi, di sebabkan takut dengan diri sendiri, aku biarkan je ibu bapa aku yg ambil kan.
Di dalam dewan tu, macam-macam reaksi ada.
Gelak ketawa, menangis, muka menyesal dan ada juga muka yang macam tak ada apa-apa yg berlaku.

Aku hanya mampu melihat dan memuji.

Malam tu, aku pulang ke rumah.
Masuk je rumah, mak abah aku tak cakap apa-apa pun.
Aku dah macam boleh agak yang result aku teruk.
Okey tak apa, aku pun tak cakap apa-apa jugak lah.

Lepas tu, aku perasan ada satu file atas meja.
Ya, mesti itu result aku. Nak tak nak, aku kena tengok jugak.
Aku ambil dan buka. Kira A sahaja.
Ya Allah.

To my mom and dad,
org tahu org teruk, tak boleh nak banggakan mak abah.
walaupun sekarang org dah masuk universiti, tp org tahu. org masih teruk.
bukan tak bersyukur dengan nikmat yang diberi, jauh sekali!
tapi InsyaAllah, satu hari yang mulia nanti.
org, mak dan abah akan sama-sama  menangis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
9 Comments

9 kata-kata dari anda:

balecan said...

nagis kenapa??sebab org ni kawen dengan anna raffali ke??
hahah

Cik Nathrah said...

masih boleh usaha. dont give up

kura said...

@bale.
kau ni tak hayati sastera langsung la. ade ke ana raffali. kalau bg taylorr sewiff xpe gak hahah

Miss AZ said...

takpa yg penting sekarang ni buat yg terbaik.. :D

dani said...

pheww. touching gila entri ni. haha. btw, tahniah la bro dapat jugak masuk u. semoga berjaya pada masa hadapan :)

Anonymous said...

ko patut bangga atleast msuk u...dr yg x msuk mner2 wlaupon da usaha lebih dr ko..

kura said...

@planetmirra.
ye betul. kena buat yg terbaik. kalau tak, seumur hidop menyosal. hahh

kura said...

@cikdani.
Ellehhh taw la cik dani lg gempaks kan. MRSM okey.. haha, btw good luck so :)

kura said...

@blackcat.
tp xboleh nk bangga sgt dengan diri sendiri. sebab boleh sebrnarnya nak lebih, tp kena usaha lebih. *bukan xbersyukur. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...