Lokasi : Soul Garden Mahkota Prade Malacca
Cara Makan : All-U-Can-Eat Buffet
Harga : RM23.99 (student price. ops)
Masa Makan : 1830-2100 (makanan sampai ke tekak la ckp lu. heheh)
Sebenarnya, memang dah planing baik punya nak pergi release tension of final examination lepas paper terakhir petang 5/5 tu. Tapi tetiba semua mati akal, nak pergi mana? Tengok wayang? Simple sgt. Picnic? Baru je hari tu pergi Pengkalan Balak dan Pantai Puteri overnight. So, 'we ols' (nganjing ni. haha) buat keputusan nak pergi makan puas-puas dan puas! Dan Soul Garden adalah tempat yg terbaik ;
Alasan kami nak makan di SG kerana murah, boleh enjoy dengan rakan dan kepelbagaian makanannya dari ke pembuka selera higgalah ke penutup selera. Eh pelik je bunyi penutup selera tu. Lagi, di situ kami boleh main masak-masak! Sampai berasap-asap pun boleh. (objektif utama) haha
Seronok okey main masak-masak di SG. Semua tunjuk skill memasak masing-masing! Fuhh sampai dua kali tukar plate dan refill soup lah cakap u ols (nganjing lg. haha). Tapi yg paling penting, resepi Prawn of The Golden King Mushroom with all the souce and skill of kura-kura zuber adalah yg terbaik lah. *yeye je!

Akhir sekali, nak cakap yg akak waiter di SG tu cantik. haha.
*Hari ini balik! Jom packing barang!